Menu Content/Inhalt
Pendahuluan arrow Perkhidmatan
Perkhidmatan PDF Cetak Emel

Perkhidmatan Pesakit Luar

  • Demam, batuk, selsema, sakit, rawatan lanjutan bagi pesakit kencing manis, darah tinggi, jantung, gout, tibi dan sebagainya.
  • Menjalankan cuci luka, jahitan dan buka jahitan.
  • Menyediakan cairan INLERAUENA bagi pesakit yang memerlukan ILU DRIP.
  • Pemeriksaan perubatan bagi pelajar-pelajar dan kakitangan apabila memerlukan.
  • Perkhidmatan temujanji dengan doktor-doktor pakar di Hospital berdekatan.

 

Pegawai Perubatan Bertugas  Atas Panggilan

Seorang pegawai bertugas yang tinggal berhampiran dengan kampus bertugas "Oncall" untuk sebarang kes-kes kecemasan di dalam kampus selepas waktu pejabat. Pihak Penggawa atau Pengawal Keselamatan akan menghubungi Pegawai Perubatan sekiranya terdapat sebarang kes-kes kecemasan.


Perkhidmatan Ambulan


Klinik mempunyai sebuah ambulan yang akan digunakan semasa kecemasan samada selepas waktu pejabat ataupun sewaktu hari bekerja. Selepas waktu pejabat ambulan ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Keselamatan.


Perkhidmatan Makmal

Perkhidmatan yang disediakan seperti ujian kencing untuk analisis, microbiologi dan haematologi.


Penyediaan First Aid Kit

Pihak klinik juga menyediakan perkhidmatan first aid kit untuk semua Jabatan dan Pusat Pengajian mengikut keperluan dengan kadar bayaran yang ditentukan oleh klinik, kecuali aktiviti anjuran pelajar yang tidak melibatkan jabatan atau pusat pengajian dikecualikan dari bayaran untuk first aid kit yang diperlukan.
Penyediaan ini hendaklah diterima dua hari dari tarikh yang ditetapkan.


Pinjaman Alat-Alatan


Pihak klinik juga menyediakan beberapa alatan tertentu yang boleh dipinjamkan kepada pesakit yang memerlukan alatan tersebut seperti tongkat, kerusi roda, lumbar support dengan syarat memulangkan semula dalam tempoh 2 minggu.


Pemeriksaan Perubatan

  • Dijalankan setiap kali kemasukan pelajar-pelajar dengan kadar bayaran sebanyak RM 30.00 tanpa X-Ray Film.
  • Pesakit disyartakan terlebih dahulu mengambil X-Ray Film di klinik luar ataupun hospital berdekatan sebelum menjalani pemeriksaan perubatan.
  • Pelajar-pelajar lain juga dinasihatkan menjalani pemeriksaan di sini dengan kadar bayaran yang sama kecuali kakitangan dan tanggungan dikecualikan dari bayaran.


Perkhidmatan Wad Sementara

Disediakan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan jagaan lanjutan diwad. Perkhidmatan ini hanya dijalankan waktu pejabat sahaja, sekiranya rawatan berpanjangan pesakit akan dirujuk ke Hospital terdekat untuk rawatan lanjut.


Rujukan Ke Pakar

Sebarang kes yang memerlukan rawatan pakar akan dirujuk ke klinik pakar kerajaan yang terdekat.  

 Kempen Kesihatan

Mengadakan kempen kesihatan dari masa ke semasauntuk memastikan tahap kesihatan di kalangan warga kampus terjamin.

 
< Sebelum   Seterusnya >