Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

“AMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM YANG DIATUR”, KATA PENGARAH CDAE

CDAE DSC0445

NIBONG TEBAL, 13 Februari 2015 – “Semua staf akademik di Universiti Sains Malaysia perlu menyokong dan mengambil bahagian dalam program yang telah diatur oleh CDAE”, kata Pengarahnya, Profesor Dr. Abd Karim Alias.

“Banyak maklumat dan informasi yang boleh diperolehi oleh staf akademik khususnya daripada laman web CDAE dan mereka seharusnya tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam program yang telah diatur yang secara tidak langsung merupakan platform kepada pensyarah untuk memajukan diri dalam bidang masing-masing”, kata Karim yang ditemui di Auditorium, Kampus Kejuruteraan hari ini.

Menurut beliau, Pusat Kecemerlangan Akademik & Penasihatan dan Pembangunan Pelajar (CDAE) bersedia turun padang bertemu dengan pensyarah untuk berkongsi maklumat dan bahan demi kemajuan dan perkembangan pendidikan tinggi bukan sahaja di peringkat universiti dan negara malah peringkat global.

CDAE DSC0449

Tambah Karim, Taklimat Kesedaran dan Pendedahan Berkaitan Pengajian & Pembelajaran di Kampus Kejuruteraan ini merupakan roadshow pertama CDAE pada tahun ini dan objektif utama roadshow adalah untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini mengenai polisi e-pembelajaran, Massive Open Online Courses (MOOCs), konsep pembelajaran teradun (Blended Learning) dan latihan-latihan yang dianjurkan oleh CDAE sepanjang tahun 2015.

Di samping itu, beliau memberitahu bahawa roadshow ini juga bertujuan untuk memberi taklimat tentang tabung latihan kakitangan akademik yang kini ditadbir oleh CDAE dan merupakan peluang kepada pensyarah untuk memanfaatkannya.

“Pada tahun ini, pihak kami telah ambil pendekatan baru dimana seminar dan latihan telah disediakan dalam bentuk jadual dan ini adalah untuk memudahkan pensyarah dalam menyusun perancangan mereka”, ujarnya lagi.

Beliau turut mengharapkan supaya pensyarah di Kampus Kejuruteraan dapat berkongsi aspirasi dan agenda Universiti, agenda Apex dan agenda negara dalam bidang akademik.

Menjawab soalan penulis mengenai cabaran yang dihadapi oleh CDAE beliau berkata cabaran tidak menjadi masalah besar cuma mungkin dari segi penyampaian maklumat yang tidak sampai kepada staf akademik di Kampus Kejuruteraan. Beliau bagaimanapun, menegaskan bahawa pihak CDAE akan terus berusaha untuk memastikan penglibatan staf akademik terutama Kampus Kejuruteraan yang mempunyai talent yang ramai untuk diketengahkan.

CDAE DSC0456

Turut hadir memberi taklimat mengenai program e-learning di Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Profesor Dr. Hanafi Atan yang juga merupakan Timbalan Pengarah 1, Pusat Kecemerlangan Akademik & Penasihatan dan Pembangunan Pelajar (CDAE).

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Muhammad Sarif Mhd. Rapiai