Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PENILAIAN EAC 2015 POSITIF

EAC1510

NIBONG TEBAL, 5 Mac 2015 – Lapan program kejuruteraan telah melalui proses penilaian oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) melalui panel Lembaga Akreditasi Kejuruteraan (EAC) selama dua hari bermula semalam disini.

EAC-1499Menurut Penyelaras, Pejabat Kualiti dan Akreditasi, Prof. Madya Dr. Sr. Mohd Sanusi S. Ahamad berkata penilaian pada kali ini melibatkan tiga Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral.

Beliau yang juga merupakan pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam turut menanam keyakinan semua Pusat Pengajian yang terlibat telah bersedia lebih awal dalam menghadapi penilaian ini seterusnya mendapat keputusan yang baik dijangka akan diumumkan pada bulan Ogos nanti.

EAS jadual 1

Lawatan pada kali ini terdiri daripada 10 orang panel Lembaga Akreditasi Kejuruteraan (EAC) yang dilantik oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) berdasarkan kepada bidang dan pelbagai latar belakang. Sebahagian daripada panel tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Bayan Lepas Pulau Pinang sehari sebelum penilaian dan disambut oleh Pegawai Universiti sebelum dibawa ke tempat penginapan di Hotel Sunway, Seberang Jaya.

Panel diketuai oleh Pensyarah, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Prof. Ir. Dr. Mohamad Nor Berhan bersama sembilan panel lain. Mereka terdiri daripada Datin Prof. Ir. Dr. Shah Rizam Mohd Shah Bakti, Prof. Ir. Dr. Ahmed Jaffar, Prof. Ir. Dr. Law Chung Lim, Prof. Madya Ir. Dr. Tan Kim Geok, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Amin Abd Majid, Prof. Madya Ir. Dr. Abd Rahim Abu Talib, Prof. Madya Ir. Masri Baharom, Ir. Dr. Abd Halim Shah Maulud dan Ir. Mohd Azizi Ahmad.

Ketibaan delegasi di Kampus Kejuruteraan disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Prof. Dr. Zainal Arifin Mohd. Ishak, Dekan dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan serta pegawai-pegawai universiti.

EAC-1497

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) itu dalam ucapannya berkata, pengurusan atasan USM telah memberi keutamaan yang tinggi dan komitmen yang serius dalam menjalankan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) dalam program kejuruteraan. Menurut beliau lagi, USM turut memberikan sokongan yang berterusan dalam memastikan pendidikan kejuruteraan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan mengikut garis panduan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

“Untuk itu, kami amat gembira mengumumkan bahawa, bilangan kakitangan akademik semasa di Kampus Kejuruteraan dengan status profesional telah mencapai jumlah yang besar pada masa ini iaitu kita mempunyai 12 pensyarah dengan status Profesional Engineer (Ir.), 13 pensyarah dengan status Chartered Engineer (C.Eng.), 5 pensyarah kini merupakan ahli MIEM yang membawa kepada status profesional dan 3 pensyarah telah mengemukakan laporan mereka dan sedang menunggu untuk ditemuduga”, ujarnya.

“Ini adalah merupakan hasil daripada strategi yang rapi yang disusun dan dirangka oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) ke arah memastikan profesional yang seimbang dan kualiti penyelidik sebagai staf akademik berada pada tahap yang terbaik”, ujarnya lagi.

Hadir sama semasa sesi ucapan aluan, Pengerusi, Lembaga Akreditasi Kejuruteraan (EAC), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Datuk Wira Ir. Md Sidek Ahmad dan Pengarah, Jabatan Akreditasi Kejuruteraan (EAD), Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman.

EAC-1507

Sementara itu, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Prof. Dr. Zainal Arifin Mohd. Ishak dalam ucapan semasa sesi mesyuarat penutup lawatan ini memaklumkan bahawa banyak perkara yang telah dipelajari selama tempoh dua hari proses penilaian berlangsung.

“Kami akan cuba melakukan yang terbaik dan memenuhi permintaan atau sebarang maklumat yang diperlukan oleh pihak Lembaga Akreditasi Kejuruteraan (EAC) dalam memenuhi keperluan atau syarat yang telah ditetapkan”, katanya sebagai ucapan akhir di Dewan Seminar, Bangunan Pentadbiran, Kampus Kejuruteraan.


Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli