Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

AWAM MUNCUL JOHAN KESELURUHAN KAWAD BASAH PILI BOMBA

ukkp 1678

NIBONG TEBAL, 12 Mac 2015 - Pasukan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) muncul johan keseluruhan “Pertandingan Kawad Basah Pili Bomba, Antara Desasiswa dan PTJ mengikut Zon SUKJAB”.

Program anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ini dianjurkan sempena “Kempen Keselamatan (Safety & Security) dan Kesihatan Pekerjaan USM 2015” yang diadakan disemua kampus.

ukkp 1560

Dengan kemenangan itu, pasukan daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam ini berjaya membawa pulang piala pusingan Pengarah Kampus, Prof. Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak dan bakal mewakili Kampus Kejuruteraan ke peringkat seterusnya di Kampus Induk.

Pasukan yang terdiri dalam kalangan kakitangan pentadbiran dan teknikal ini berjaya mengalahkan 10 lagi pasukan lain yang menyertai acara pertandingan bertempat di Padang Kawad, Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan dengan catatan masa 1 minit 30 saat.

ukkp 1576

Sementara itu, dalam acara lain Puan Norbaizura Zulkifli dari Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) mewakili pasukan “Pentadbiran 2” berjaya merebut Piala Pusingan, Prof. Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin dalam “Pertandingan Memadam Menggunakan Alat Pemadam Api” antara Desasiswa dengan catatan masa 10 minit 15 saat.

Menurut Pengerusi, Jawatankuasa Kempen Keselamatan (Safety & Security) dan Kesihatan Pekerjaan 2015, Peringkat Kampus Kejuruteraan, Prof. Dr. Hj. Zainal Arifin Hj. Ahmad berkata kempen ini dijalankan secara serentak di ketiga-tiga kampus (induk, kejuruteraan dan kesihatan) merupakan kempen kali ketiga dijalankan di USM.

ukkp 1600

“Saya berharap, kempen ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran terhadap aspek keselamatan (Safety & Security) dan kesihatan pekerjaan dalam mewujudkan suasana kampus yang lebih selamat, selesa, sihat sejahtera dan seronok bekerja serta belajar disini”, kata Zainal dalam ucapannya sebelum pertandingan dimulakan.

Jelas beliau, kempen yang ini bermula lebih awal iaitu pada 3 Mac yang lalu telah diisi dengan pelbagai program antara lainnya Pertandingan Kawad Kebakaran dan Pengosongan Bangunan antara Desasiswa, Pertandingan Amalan-Amalan Mencegah Kebakaran, Penilaian Laporan Amalan Tidak Selamat, Khutbah Jumaat berkenaan Keselamatan dan Ceramah Pencegahan Jenayah Siber.

ukkp 1626

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pegawai dan anggota Bomba daripada Balai Bomba Batu Kawan, Bandar Perda, Nibong Tebal, Sungai Bakap, Prai dan Bukit Mertajam yang terlibat sejak hari pertama kempen bermula dan bersengkang mata hingga jam 3.00 pagi untuk pertandingan kawad kebakaran ini”, ujar Zainal mengakhiri ucapan.
Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli