Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

UNIT KESIHATAN ANJUR KEMPEN KESIHATAN

Kesihatan 9530

NIBONG TEBAL, 24 April 2015 – Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan (UKKK) menganjurkan Kempen Kesihatan 2015 dengan membawa slogan “Kesan pemakanan baik dan buruk kepada kesihatan" di Kampus Kejuruteraan, baru-baru ini.

Seramai lebih 80 peserta menyertai program tersebut yang berlangsung di Dewan Seminar, Bangunan Pentadbiran, Kampus Kejuruteraan ini.  

Kesihatan 9517

Menurut Pegawai Perubatan, Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan, Dr. Farhi Abidin berkata program Kesihatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat kampus tentang pentingnya penjagaan pemakanan yang sihat untuk kesihatan.  

“Your Are What You Eat” begitulah yang ditegaskan oleh penceramah jemputan Dr. Leow Chiuan Heng, Pensyarah Kanan, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) semasa mengendalikan sesi ceramah berkenaan dengan pemakanan sihat untuk kesihatan.

 

“Jika kita makan makanan yang sihat, maka tubuh akan mendapat bahan dasar pembuat sel yang sihat sehingga lahirnya sel yang juga sihat”, kata Leow  

Kesihatan 9529

Kata Leow, “Kumpulan sel yang sihat ini seterusnya akan menjadi jaringan yang sihat dan kemudian jaringan yang sihat ini juga akan membentuk organ yang sihat, maka terbentuklah tubuh kita yang sihat dan kuat”.

Tegas beliau, kunci kepada amalan yang sihat adalah pada nutrisi dan kemampuan tubuh menyembuhkan diri sendiri atau Self Healing

“Jika kita mengambil makanan dan minuman yang sihat, maka kita akan memiliki self healing yang ajaib dan tubuh yang sehat serta kuat”, katanya lagi.  

Kesihatan 9548

Sementara itu, Pegawai Sains Pemakanan, Pejabat Kesihatan, Kerian, Asrul Afendi, turut bersetuju bahawa kebanyakan penyakit bermula daripada pemakanan yang tidak sihat.

Beliau turut menasihatkan supaya warga kampus memperbanyakkan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, kacang-kacangan dan buah-buahan yang segar.

Kesihatan 9511

Para peserta program yang hadir turut diingatkan supaya mengamalkan senaman untuk meningkatkan kecergasan tubuh mereka.

Sebelum itu, acara telah dimulakan dengan senaman pagi yang dipimpin oleh Norhiman Ahmad, Penolong Pegawai Sains dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam.

Teks: Mohd Kamil Ashar & Rosilawati Radzuan / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin