Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

“TERIMA KASIH USM, TERIMA TIGA LAWATAN KAMI” KATA GB SKTAM

SKTAM03-9900

NIBONG TEBAL, 30 April 2015 – “Setinggigi-tinggi penghargaan dan rakaman terima kasih diucapkan kepada USM atas kesudian menerima tiga lawatan dari sekolah kami”, kata Ruzaidah Majid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SKTAM), Kulim, Kedah di sini semalam.

Menurut beliau, lawatan tersebut bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid-murid dan membuka minda mereka terutamanya dalam bidang aeroangkasa.

SKTAM03-9880

“Sebenarnya kunjungan awal beberapa guru sekolah sebelum ini telah memberi input baru mengenai kampus ini sebelum pihak sekolah memutuskan untuk membawa 189 murid tahun enam dalam tiga siri lawatan termasuk hari ini”, katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Zaidah.

“Selain daripada dapat menggalakkan minat murid mengenai bidang aeroangkasa, kita dapat wujudkan satu jalinan kerjasama dan hubungan  yang baik antara pihak sekolah dengan institusi pengajian tinggi awam khususnya Universiti Sains Malaysia”, katanya lagi.

SKTAM03-9905

Ketibaan murid sekolah itu disambut mesra oleh pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Dr. Norilmi Amilia Ismail dengan dibantu beberapa Pegawai Latihan Vokasional dan Penolong Jurutera yang bertugas.

Program tersebut berakhir dengan lawatan ke beberapa makmal termasuk Makmal Terowong Angin, Aerodinamik, Komposit, Mekanik Penerbangan, Avionic Electronic Instrumention dan Bengkel Pemasangan Pesawat CH750.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin