Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

LITAR ANTARABANGSA SEPANG UJI KEMAMPUAN ATLET USM

11329809 10206909585761257 1384175385900011480 n

SEPANG, 19 Mei 2015 – Seramai 16 orang atlet Universiti Sains Malaysia (USM) terdiri dalam kalangan staf dan pelajar diuji dalam perlumbaan sulung acara berbasikal ‘Varsity Cycling Challange 2015’  di sini baru-baru ini.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ini telah disertai oleh lebih 30 pasukan dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan sekolah-sekolah seluruh negara.

sepang-WA0126

Dengan perbezaan masa 1.3 saat sahaja di belakang Universiti Multimedia (MMU), USM hanya mendapat tempat keempat bagi kategori staf IPT berpasukan dengan catatan masa 3 jam 58 saat.

sepang 065815Menurut Jurulatih pasukan, Eddie Norshamshidi Abd Rashid beliau telah menjangkakan keputusan tersebut berdasarkan kemampuan dan persaingan yang hebat dari peserta lain.

“Walaupun kita tidak memenangi sebarang pingat pada kejohanan kali ini saya tetap berpuas hati dengan pencapaian dan kesungguhan yang ditunjukkan setiap peserta”, kata Eddie. 

Manakala Pengurus Pasukan, Abdul Hafiz Abdul Hamid berkata perlumbaan tersebut merupakan permulaan yang baik buat atlet USM terutamanya dalam pembangunan sukan basikal jalan raya.

sepang 6410297808467776299 n

“Perlumbaan hari ini memberi pendedahan baru dan membuka peluang kepada atlet Universiti Sains Malaysia (USM) terutamanya bagi acara berbasikal jalan raya”, kata Hafiz.

sepang 10206881395256512 5374014896112659092 nMenurut beliau lagi, semua atlet berbasikal yang menyertai perlumbaan ini akan terus diberi latihan yang lebih intensif untuk kejohanan yang akan datang terutamanya dalam menghadapi Sukan Staf Antara Institut Pengajian Tinggi Awam (SUKUM) pada bulan Ogos nanti.

Salah seorang atlet USM yang ditemui juga merupakan pemenang pingat emas bagi kategori individu lelaki senior di SUKUM tahun lalu,  Abdul Halim Che A’ At berkata latihan yang lebih intensif dan pendedahan yang lebih banyak dalam perlumbaan mampu memperbaiki keputusan pada masa depan.

“Ini pengalaman pertama saya bertanding dalam acara basikal jalan raya dan banyak pengajaran berguna yang saya perolehi dari perlumbaan ini”, kata Halim.

sepang-WA0006

“Kelekaan dan perasaan terlalu yakin antara punca utama yang membawa kepada keputusan yang tidak membransangkan hari ini”, tambah atlet basikal harapan universiti itu.

Terdapat 12 kategori menjadi rebutan lebih 500 peserta iaitu  individu dan berapasukan lelaki dan wanita pelajar IPT, staf berpasukan lelaki, veteran individu dan berpasukan lelaki dan super veteran individu serta berpasukan lelaki dengan kayuhan sejauh 5.5 kilometer sepusingan dengan jarak yang berbeza berdasarkan kepada kategori yang dipertandingkan.

Sepang 10206909583041189 1894656658811269626 n

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Abdul Hafiz Abdul Hamid