Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KEJOHANAN RAGBI FLAG SHIP eng@USM

rugbi

NIBONG TEBAL, 13 Mei 2016 – Sukan ragbi merupakan permainan peringkat antarabangsa yang memerlukan skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan.

Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi setiap perlawanan.

Mengambil peluang itu, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah berjaya menganjurkan kejohanan ragbi 10s buat kali kedua belas dengan pengurusan penganjuran oleh pelajar dan dibantu pegawai unit sukan Universiti.

Penolong Naib Canselor, Kampus Kejuruteraan, USM, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam Mesyuarat Post Morterm kejohanan berkata program tersebut perlu dijadikan sebagai flag ship kampus.

“Saya yakin, kejohanan ini boleh dijadikan flag ship eng@USM seperti program Career Fair yang kita adakan saban tahun”, katanya kepada exco kejohanan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah di sini hari ini.

Beliau turut mengesyorkan penganjur menyediakan buku program untuk memastikan kejohanan yang telah masuk tahun kedua belas itu mempunyai rekod dan maklumat penganjuran serta boleh dijadikan sebagai arkib.

Tambahnya lagi, buku program tersebut turut boleh dijual kepada pemain dan pengunjung pada kejohanan yang akan datang untuk dijadikan sebagai pendapatan kelab.

“Kita perlu melihat penganjuran ini dalam skala yang lebih besar dan global dengan penglibatan daripada pasukan peringkat asean mahupun antarabangsa”, tegasnya.

Kejohanan Ragbi USM 10’s yang merupakan acara wajib setiap tahun di Kampus Kejuruteraan itu sememangnya dinantikan oleh peminat ragbi tempatan dengan penglibatan lebih 40 pasukan setiap tahun.

Teks & Foto: Mohd Kamil Ashar