Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PRODUK MULTIFUNCTIONAL ECO-RUBFOAM RANGKUL EMAS DAN TIGA ANUGERAH KHAS JURI DI EUROINVENT 2016

Prof Hanafi EuroInvent 2016

ROMANIA, 22 Mei 2016 - Produk MultiFunctional Eco-RubFoam hasil inovasi pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Hanafi Ismail mencipta kejayaan di pameran The 8th European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT 2016) di Iasi, Romania dari 19 Mei hingga 21 Mei 2016.

Produk tersebut menggondol anugerah pingat emas dan juga tiga anugerah khas juri antarabangsa dari Highly Innovative Unique Foundation Saudi Arabia dan Universitatea Tehnics Din Cluj-Napoca Romania.

Hanafi bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi dan akan terus memberi sumbangan kepada USM melalui kejayaan seperti ini.

Hanafi turut diundang sebagai penceramah jemputan dalam International Conference on Innovative Research (ICIR 2016) yang berlangsung serentak dengan pertandingan pameran di EUROINVENT 2016 ini.

EUROINVENT merupakan persidangan, pameran dan promosi kreativiti dan inovasi serta penganugerahan antarabangsa yang berprestij di Eropah.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Prof. Dr. Hanafi Ismail