Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KAMPUS KEJURUTERAAN DISARAN FOKUS KE ARAH PENINGKATAN KUALITI – NC

LTP 9293

NIBONG TEBAL, 4 Januari 2018 – Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), disarankan untuk lebih fokus ke arah meningkatkan kualiti dalam Pusat Pengajian dan Pusat Penyelidikan masing-masing di masa akan datang.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam lawatan beliau ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) di sini hari ini.

“Perkara ini adalah memandangkan status PTJ-PTJ di Kampus ini sendiri yang sedia ada memiliki barisan ahli akademik yang terbaik serta diperakui di dalam dan luar negara.

“Jadi, untuk tahun-tahun yang akan datang, tumpuan harus diberikan kepada meningkatkan lagi kedudukan masing-masing untuk menunjukkan bahawa USM adalah sebuah Universiti yang bercirikan Global,” tambah beliau.

LTP 9325

Selain daripada itu, Asma turut menggesa agar setiap Pusat Pengajian memberi lebih pendedahan kepada para pelajar untuk terlibat dengan lebih banyak aktiviti dan tidak terarah kepada bidang akademik semata-mata.

“Galakkan pelajar untuk seimbangkan antara akademik dan aktiviti aktiviti kokurikulum seperti sukan dalam memastikan graduan yang lahir daripada universiti ini adalah mereka yang cekal serta berdaya saing,” tambah Asma lagi.

Pada sesi lawatan ini, turut diadakan juga adalah sesi bersama Naib Canselor yang melibatkan staf dari PPKBSM dan PPKEE.

usm vc visited engineering campus 39468144792 o

usm vc visited engineering campus 39468187262 o

Melalui sesi ini, beliau menyeru agar komunikasi di kalangan staf dikalangan disalurkan dengan lebih berkesan di antara satu sama lain untuk menjada keharmonian universiti.

“Komunikasi yang berkesan boleh disimpulkan sebagai jentera penggerak di dalam sesebuah organisasi.

“Malah, untuk tahun 2018 ini, beberapa agenda yang berkaitan telah disenaraikan dalam memastikan hubungan sesama kita di USM dapat dieratkan lagi dan seterusnya menjadi penyumbang kepada USM yang lebih positif,” kata beliau lagi.

Turut sama hadir adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.