Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM PILIHAN PERTAMA PELAJAR

USM pilihan utama 2049

IPOH, 15 Mac 2015 – Seperti sebelumnya lebih 130 IPTA dan IPTS yang turut serta membuka booth pameran dalam program tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPM) bagi tahun yang ke-11 perlaksanaannya semenjak tahun 2015 ini.

Rata-rata pelajar dan ibu bapa serta guru yang ditemui memilih Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pilihan pertama untuk menyambung pengajian mereka diperingkat yang lebih tinggi.

USM pilihan utama 2063

Bagi salah seorang pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Rabiatul Adawiyah Samsudin, 20, dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar, Perak yang ditemui berkata beliau sangat meminati bidang perguruan dan telah membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda Sastera Pendidikan di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Saya harap permohonan saya untuk menyambung pengajian di USM berjaya kerana ini merupakan pilihan pertama saya”, katanya yang memperolehi CGPA 3.42 dalam peperiksaan STPM yang lalu.

USM pilihan utama 2051Dalam temubual yang lain, salah seorang bapa yang hadir ke ruang pameran USM, Ahmad Wakinuddin Shahrudin, 61, berasal dari Titi Gantung, Bota, Perak menyatakan bahawa beliau telah mendapat maklumat yang lebih mendalam daripada pegawai dan pensyarah tentang program yang ingin dipohon oleh anaknya.

"Saya ucapkan terima kasih pada kakitangan USM yang sudi memberi penerangan kepada saya terutamanya mengenai program kejuruteraan yang ditawarkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan saya harap anak saya diterima belajar disini”, kata Ahmad Wakinuddin yang merupakan pesara pegawai MARDI.

Sementara itu, bagi Chandrakumar a/l Arumugam, 21, yang merupakan lepasan Diploma, Kejuruteraan Elektronik Komunikasi, Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak pula berkata beliau agak sedih kerana keinginannya untuk menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang yang sama tidak kesampaian kerana beliau dimaklumkan bahawa USM tidak menerima lepasan Diploma bagi bidang kejuruteraan yang ingin dipohon.

USM Pilihan Utama 2076

"Saya agak kecewa kerana USM tidak menerima lepasan diploma untuk menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Komunikasi, tetapi saya akan cuba untuk memohon di universiti yang lain”, kata pelajar yang menamatkan pengajian di peringkat Diploma dengan CGPA 3.75 dan berasal dari Sungai Siput (U) itu.

Pun begitu, beliau tetap akur dengan syarat tersebut dan menganggap bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan Universiti APEX yang sudah pasti melihat dan seterusnya memilih pelajar terbaik dari yang terbaik.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli