Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

CAREER FAIR 2015 CAPAI SASARAN

CF 2237

NIBONG TEBAL, 20 Mac 2015 – Penganjuran “Career Fair” Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) Ke-10 menerusi kerjasama dengan 69 industri berjaya mencapai sasaran melebihi 2,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsung, bermula Rabu lalu.

Pengarah Projek Career Fair, Chun Jan Bong berkata, kehadiran pengunjung kali ini jauh lebih memberangsangkan berbanding dengan tahun sebelumnya kerana pelbagai faktor, selain keadaan kesesuaian masa dan promosi yang telah dilaksanakan sebelum program tersebut.

CF 2156

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ini membuktikan kerjasama dengan pihak universiti dan industri amat berjaya sekali, diharapkan usahasama ini dapat diteruskan pada masa depan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebelum itu, acara simbolik pelancaran Career Fair 2015 telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman.

 

CF 2168

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dato’ Muhamad Jantan, Timbalan Naib Canselor (Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Dato’ Dr. See Ching Mey, Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar), Prof. Dr. Adnan Hussain, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Prof. Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak dan wakil dari Robert Bosch selaku penyumbang terbesar pada kali ini iaitu Mr. Lothar Mergili  dan Dr. Lars Kabatnik.                                     

 

CF 2201

Beliau dan tetamu kenamaan turut dibawa melawat ke setiap ruang pameran yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan itu sambil menyerahkan plak sebagai tanda penghargaan kepada industri yang terlibat menjayakan program.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat yang terlibat dalam menjayakan program career fair ini dan mereka memang terkenal di Malaysia”, ujar Omar dalam temubual bersama pemberita disini kelmarin.

 

CF 2161“Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada alumni USM yang kembali kesini membawa peluang kepada bakal graduan seterusnya menjadi contoh kepada mahasiswa lain disini. Kita mempunyai lebih 13,000 ribu alumni kejuruteraan sehingga kini dan kami bangga terutamanya kepada BHEPP dan pelajar sendiri kerana berupaya mendapatkan semula penglibatan daripada mereka”, ujarnya lagi.

Tegas beliau, USM mendapat sokongan yang begitu baik dari kalangan alumni dan mereka merupakan pelajar yang telah membuktikan bahawa mereka berjaya mempunyai prestasi yang baik dalam industri yang diceburi.

CF 2302

Menjawab soalan pemberita mengenai pelajar yang meninggal dunia di Aceh akibat kemalangan beliau menyatakan bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) sedang menyiapkan laporan lengkap berhubung kemalangan tersebut.

Omar berkata, laporan itu merangkumi mengenai bagaimana kemalangan berkenaan berlaku, pertemuan pihak universiti bersama mereka yang terbabit dan membantu universiti sepanjang insiden itu.

CF 2164Sehubungan itu, tambah beliau, satu lawatan kerja ke tempat kejadian akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyiapkan laporan yang mengambil masa selama tiga hingga empat minggu.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli