Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

APRISIASI BUDAYA DAN KESENIAN TARIK MINAT PELAJAR KEJURUTERAAN

MAKKis DSC0210

NIBONG TEBAL, 9 Mei 2015 – Muzik itu halal selagi tiada unsur haram di dalamnya dan kini lagu-lagu ketuhanan tidak lagi tersekat dengan melodi yang sama malah terus diterima pelbagai golongan masyarakat kini.

Bertitik tolak daripada itu, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Malam Aprisiasi Kebudayaan & Kesenian Islam (MAKKIs) 2015 di sini semalam.

MAKKIs DSC0089

Menurut Penasihat Program, Ustaz Mohd Mohsin Sirun, tujuan program diadakan adalah untuk menyampaikan mesej kepada mahasiswa bahawa Islam tidak menghalang hiburan selagi ia berpandukan kepada syarak.

“Kita ingin mengajak mahasiswa menemui fitrah yang sebenar iaitu fitrah manusia yang ingin kepada perkara yang baik dan hiburan itu adalah merupakan satu fitrah manusia,” kata Mohsin ketika ditemui sebelum majlis bermula.

MAKKIs DSC0109

“Sebenarnya lagu ketuhanan atau nasyid membawa kepada fitrah manusia yang semula jadi berbanding dengan lagu-lagu yang melalaikan,” kata Mohsin lagi.

Mohsin berharap seni dan hiburan seperti ini dapat memberi ketenangan kepada mereka yang menghadapi tekanan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

 

MAKKIs DSC0116

Antara yang mengadakan persembahan ialah kumpulan Farhan yang terdiri daripada sembilan orang ahli dalam kalangan mahasiswa Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan ditubuhkan sejak beberapa generasi sebelum ini yang turut disertai oleh seorang pelajar Ijazah Tinggi, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Tarik Adnan Al Mohamad yang berasal dari negara Syria.

Pelajar yang lebih dikenali dengan panggilan Maher Zain Malaysia itu, bukan sahaja mempunyai bakat besar dalam mendendangkan lagu-lagu ketuhanan malah petah berbahasa Melayu dan turut disenangi rakan-rakan seperjuangan.

MAKKIs DSC0133

Turut menampilkan persembahan ialah kumpulan  Zulfan yang sempat mendendangkan tiga buah lagu dan kumpulan UNIC yang dianggotai oleh Bazli Hazwan Che Osman dan Fakhrul Radhi tampil dengan penyanyi undangan mereka iaitu Imam Muda Najdi berjaya menghangatkan persembahan nasyid pada malam itu sambil menyampaikan dakwah dan mesej-mesej yang sangat berguna kepada mahasiswa dan penonton yang hadir.

MAKKIs DSC0145

MAKKIs 2015 yang berlangsung di Dewan Pusat Pembangunan Mahasiswa (PUMA) diakhiri dengan selawat (Yahana) secara beramai bersama penonton dan dipimpin oleh kumpulan UNIC.

Turut diadakan ialah bazar jualan amal oleh persatuan pelajar dan staf bagi memberi peluang kepada mereka untuk menambah dana dalam menggerakkan persatuan serta pendapatan masing-masing.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin