Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

DUA RUMAH ANAK YATIM TERIMA BAKTI MAHASISWA USM

SisCak 01 Perlis

NIBONG TEBAL, 26 Mei 2015 – Seramai 24 orang Sekretariat Sukarelawan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyumbang bakti di dua buah rumah anak yatim dalam program yang dinamakan sebagai “Siswa Cakna 2.0 (SisCak 2.0):Jelajah Kasih”.

SisCak 01 SPProgram SisCak 2.0 ini diadakan pada 23 hingga 24 Mei 2015 bertempat di Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah dan Rumah Amal Hembusan Kasih, Arau, Perlis.

SisCak 0037

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjadi mod pilihan perjalanan peserta program ini dari Nibong Tebal ke Sungai Petani pada hari pertama manakala pada hari kedua diteruskan ke Arau.

SisCak 9925

Pengarah Program, Mohd Amirol Ahmad Zamanhuri memberitahu bahawa program tersebut bertujuan memupuk sifat prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik dalam diri mahasiswa.

SisCak 9183

"Selain memberi kesedaran kepada mahasiswa, program ini merupakan satu usaha untuk membuka perspektif minda anak-anak yatim melalui pendedahan kerjaya dan demonstrasi sains" kata Mohd Amirol.

SisCak 9391

Tambah beliau, beberapa modul diaplikasikan dalam program tersebut termasuk Kenali Kerjaya dan Kerjaya Saya Hebat serta Projek Sains yang melibatkan 'Volcano Eruption' dan 'Lava Lamp'.

SisCak 0662

"Kunjungan kasih ini bukan sahaja memberi pendedahan dan demonstrasi semata-mata tetapi kami bersama-sama membantu mereka dalam usaha memberi motivasi secara berterusan”, kata pelajar tahun tiga, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral itu.

SisCak 9429

Turut menjadi tarikan anak-anak yatim adalah aktiviti berbentuk motivasi seperti Dream Jar dan Motivational Sketch yang dilihat dapat memberi semangat kepada anak-anak yatim ini dalam mengejar impian mereka.

SisCak 9544

Kegembiraan anak-anak yatim di kedua pusat tersebut tidak hanya dipenuhi dengan aktiviti dalaman malah turut diadakan perlawanan bola sepak tujuh sebelah dan acara sukaneka.

SisCak 9587

"Saya sangat bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar walaupun julung kalinya memilih keretapi sebagai mod pengangkutan untuk turun berbakti kepada masyarakat", kata Mohd Amirol diakhir pertemeuan.


Teks: Mohammad Ariffudin Sah Harudin / Suntingan: Mohd Kamil Ashar / Foto: Muhamad Nazrin Izhar & Nur Amira Syakira Mohd Basrim