Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

WORLD BANK GROUP KONGSI HASIL KAJIAN DENGAN USM

Urban Transport 1743

NIBONG TEBAL, 1 Julai 2015 –  World Bank Group Malaysia melalui Ahli Ekonomi Kanan kumpulan itu, Dr. Frederico Gil Sander hadir ke Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berkongsi hasil kajian mereka bertajuk “Malaysia Economic Monitor: Transforming Urban Transport” di sini semalam.

Urban Transport 1727

Menurut Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata banyak perkara yang boleh dikaji dan diselidiki hasil daripada pembentangan tersebut.

“Saya yakin bahawa banyak perkara yang kita boleh selidik dan harapan USM sendiri supaya kita dapat memberi impak yang tinggi terhadap ekonomi dan pembangunan negara”, kata Ahmad Farhan.

Urban Transport 1755

Mengulas mengenai keseluruhan pembentangan tersebut beliau berkata hasil kajian dan dapatan yang diperolehi merupakan pandangan berkecuali pihak World Bank Group terhadap pembangunan pengangkutan dalam negara Malaysia khususnya.

“Kita boleh kongsi dapatan tersebut dan digunakan dalam membuat perbandingan kajian dan mereka juga boleh bersama-sama dengan kita dalam mentransformasi pengangkutan di Malaysia”, katanya lagi.

Urban Transport 1757

Program selama dua jam itu dihadiri seramai lebih 50 peserta terdiri dalam kalangan warga kampus termasuk pensyarah, pelajar dan kakitangan universiti serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil kerajaaan negeri Pulau Pinang dan masyarakat setempat.


Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Muhammad Sarif Mhd. Rapiai