Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

IGNITE 2016 KUKUHKAN KERJASAMA USM-TUT

IMG 42016

PULAU PINANG, 29 Januari 2016 –International Conference of Global Network for Innovative Technology 2016 atau IGNITE 2016 yang dianjurkan bersama oleh Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) dan Toyohashi Universiti  of Technology (TUT) dapat mengukuhkan hubungan sedia ada antara  dua institusi pendidikan dan sekaligus antara dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman penganjuran bersama buat kali ketiga ini bukan sahaja mengukuhkan ikatan kerjasama di antara USM dan TUT tetapi juga dapat meluaskan horizon serta mempunyai peserta dari pelbagai negara lain.

“USM bersama-sama dengan TUT telah melancarkan Pusat TUT-USM di Pulau Pinang dan USM adalah asas pendidikan di luar negara yang pertama untuk TUT yang mana pusat ini membolehkan kedua-dua institusi untuk bersama-sama bekerjasama dengan industri pembuatan dan kejuruteraan di Pulau Pinang.

IMG 42048

IMG 42097

“Saya percaya bahawa persidangan ini dapat menyediakan platform kepada penyelidik, jurutera dan pendidik pelbagai bidang untuk membentangkan dan membincangkan inovasi yang paling baharu dan cabaran yang dihadapi dengan penyelesaian yang diterima pakai dalam bidang kemajuan bahan dan inovatif teknologi,” kata Naib Canselor ketika merasmikan IGINITE 2016 di sini hari ini.

“Kerajaan Malaysia khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi menyatakan bahawa untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang cekap, yakin dan inovatif, ia perlu memanfaatkan, menggunakan dan memajukan sains dan teknologi ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020,” tambah Omar.

IMG 42186

“Persidangan ini sememangnya penting bagi menunjukkan jalinan kerjasama kedua buah negara dan juga dua buah institusi besar,” kata Konsul Jepun di Pulau Pinang, Ryuji Noda.

Katanya lagi, pelbagai ilmu dan pengalaman baharu dapat diperolehi melalui persidangan ini dan dapat dimanfaatkan oleh semua peserta.

IGINITE 2016 disertai oleh lebih 250 orang peserta dalam dan luar negara serta mencatat sejarah apabila sebanyak 209 kertas kerja akan dibentangkan dalan persidangan tiga hari ini. Tema yang dipilih untuk persidangan ini adalah  “Advanced Materials for Innovative Technologies”.

IMG 42225

IMG 42276

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (TNC) (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal, TNC (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Dato’ Dr See Ching Mey, TNC (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan, Dekan PPKBSM Profesor Dr. Zuhailawati Hussain, Pengerusi IGNITE USM, Profesor Dr. Hanafi Ismail dan Pengerusi IGNITE TUT, Profesor Dr. Atsunori Matsuda. Teks: Nor Rafizah Md Zain / foto: Mohd Fairus Md Isa