Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

500 PELAJAR MERIAHKAN IDEA FAIR 2016

Idea Fair 02

NIBONG TEBAL, 20 April 2016 – Lebih 500 pelajar dan 80 pelawat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, Sekolah Kebangsaan Saujana Indah dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling, Pulau Pinang mengunjungi Innovation, Design, Engineering & Art atau dikenali sebagai IDEA FAIR 2016 yang diadakan di dewan serba guna (DSG), Kampus Kejuruteran, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Program dianjurkan oleh ahli jawatankuasa Robotic Club Enginering Campus ini bertujuan untuk memberi inspirasi, kreativiti dan menggalakkan inovasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan untuk mencipta masa depan yang lebih cerah.

IDEA FAIR 2016 merupakan salah satu medium kepada para pelajar di Kampus Kejuruteraan untuk mempamerkan ciptaan mereka dan juga mendedahkan diri kepada teknologi dan ilmu kejuruteraan yang baru.

Selain itu, ia merupakan satu medium yang sangat langsung dan adil kepada pelajar dalam mendapatkan lebih banyak pengetahuan yang tidak dapat diperolehi daripada buku teks serta kuliah.

Idea Fair 01

Dengan menghadiri program ini, pelajar boleh mendedahkan diri mereka kepada dunia luar bagi mendapatkan pengalaman dan pengetahuan tentang keadaan semasa dan teknologi baru yang digunakan diluar sana.

Bosch, National Instruments dan Recron Malaysia yang merupakan penaja bagi program ini turut dijemput untuk mempamerkan produk serta memberi penjelasan kepada para pelajar tentang teori dan konsep yang dilaksanakan menggunakan produk tersebut.

Selain itu juga, Garena Malaysia dan Print Cut Press Solutions turut dijemput untuk mempamerkan produk serta memberi penjelasan mengenai produk dan faedah yang bakal diperolehi dengan penggunaan produk tersebut kepada pelajar umumnya dan masyarakat khususnya.

Dalam masa yang sama, dua bengkel turut dikendalikan oleh syarikat Bosch adalah untuk memberi pendedahan teknologi dan nasihat berdasarkan kursus para pelajar dan melalui interaksi dengan syarikat koprat dari luar boleh membuka minda jurutera masa depan yang berilmu, pratikal, kreatif dan inovatif.

(Teks asal ditulis oleh Pengerusi IDEA Fair 2016, Kelab Robotik, Kampus Kejuruteraan, Yiap Joo Zheng)
Teks di olah oleh: Norafiza Osman / Foto Ihsan: Yiap Joo Zheng