Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TEDxUSM NIBONG TEBAL YANG PERTAMA BERJAYA DIANJURKAN

TEDxUSM 01

Nibong Tebal, 30 April 2016 - Seramai 32 orang pelajar dari Kampus Kejuruteraan dan Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengadakan program TEDxUSM NibongTebal yang pertama di USM atas USM ASCE Student Chapter dibawah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam di sini hari ini.

Menurut Pengarah Perojek, Chun Jan Bong berkata TEDx merupakan satu program yang dianjurkan secara perhimpunan tempatan dibawah naungan TED iaitu satu pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dengan slogan “Ideas Worth Spreading”.

TEDxUSM 02

Kata pelajar tahun akhir, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam itu, terdapat video TED Talks dan didatangi bukan sahaja dalam kalangan peceramah yang hebat malah terkenal bergabung mencetuskan perbincangan mendalam tentang isu akademik dan semasa.

“Program ini dijenamakan sebagai TEDx, di mana x mewakili program TED tempatan dan berdikari sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak”, katanya.

Tema TEDxUSM NibongTebal adalah “Vision for Tomorrow & Beyond” atau wawasan untuk keesokan hari dan seterusnya.

TEDxUSM 03

“Wawasan ialah imej mental yang jelas mengenai bagaimana sebuah negara, masyarakat atau industri yang boleh berkembang pada masa hadapan”, tambah Jan Bong.

Mengakhiri perbualan, Jan Bong berkata, melalui TEDx penceramah dapat menyampaikan wawasan melalui idea-idea mereka dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk terlibat dalam bidang yang berbeza.

Dalam pada itu, program turut mendapat sokongan Persatuan Alumni USM, Foodlab Express, Yieng, IEEE USM Student Branch dan Photobook Malaysia.

TEDxUSM 04

Antara penceramah yang hadir adalah Pembela Tenaga Nuklear, Sakeshraj Narajah, Naturalis, Irshad Mobarak, mantan Naib Canselor USM, Tan Sri Dato’ Prof. Dzukifli Abdul Razak, pemain gitar, Az Samad, Ahli Silap Mata,  Desmond Ng, mantan Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Profesor Dr. Zaidi Mohd Ripin, Jurufoto, Bazuki Muhammad, (Beatboxer & Rapper) Atif Ismail & Ishyaa V serta arkitek terkenal, Serina Hijjas.

Sumber & Foto: Chun Jan Bong
Teks: Mohd Kamil Ashar