Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

BRAINY MOO CHOCO DRINKS BAWA PULANG RM30,000 SEED FUND

BRAINY MOO CHOCO DRINKS 14264178 333137387025480 511358226751453778 n

NIBONG TEBAL, 4 September 2016 - Koperasi Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal Berhad berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Hi-Per Student Co-operatives 2016 membawa pulang wang tunai RM30,000 sebagai 'seed fund' anjuran bersama Teraju, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA dan INSKEN dengan hadiah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Dr. Noor Zari Hamat.

Kosiswa USM Kejuruteraan adalah antara 10 Koperasi Siswa yang layak ke pusingan akhir  Disember 2016 untuk merebut 'seed fund' bernilai RM100,000.

Menurut Ahli Lembaga Koperasi Mohd Nur Badri bin Mohd Nazli selaku Penasihat Projek, Brainy Moo Choco Drinks merupakan jenama yang dimiliki oleh Koperasi Siswa USM kejuruteraan Nibong Tebal Berhad sebagai produk pertamanya.

BRAINY MOO CHOCO DRINKS 14212020 332684020404150 2732015385350490566 n

"Brainy Moo Choco Drinks adalah minuman koko yang kaya dengan Stevia, Gingko Biloba dan Flavonoid serta rendah kandungan gula, rasa cokelat asli tanpa kolesterol.

"Minuman ini diformulasi oleh warga Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral iaitu pensyarah Profesor Madya Dr. Ahmad Badri Ismail, Pegawai Latihan Vokasional  Muhamad Azwan bin Mad Naser dan pelajar Ph.D. Muhamad Afiq Misman," jelas Felo Keusahawanan Kampus Kejuruteraan ini.

Tambahnya, pertandingan ini memerlukan peserta menyediakan rancangan perniagaan serta membentangkannya dalam sesi 'Business Pitching' selama 2 minit dan diadili oleh pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia, ANGKASA, INSKEN dan Teraju.

BRAINY MOO CHOCO DRINKS 14203303 332683810404171 1244660824434888733 n

Koperasi Siswa USM Kejuruteraan Nibong Tebal Berhad diwakili oleh Ahli-ahli Lembaga Koperasi iaitu pelajar-pelajar tahun 2 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral iaitu Muhammad Azrin bin Abd Jamil, Mohd Amiruddin bin Zahari, Muhamad Syazwan bin Norilham, Azfar Husni Bin Idris, Nur Raihan binti Ridzwan dan Nur Diyana Syazni binti Sharin.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Nur Akmar binti Idris