Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KONSERT ORKESTRA WUJUD KEASLIAN BUDAYA CINA

COFEC DSC2514

NIBONG TEBAL, 8 Oktober 2016 – Chinese Orchestra for Engineering Campus (COFEC) berjaya menganjurkan konsert orkestra untuk kali ke-2 di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

COFEC adalah sebuah persatuan muzik orkestra cina yang ditubuhkan pada tahun 2011 di Kampus Kejuruteraan, USM dengan penglibatan sekumpulan kecil pelajar-pelajar Cina sahaja.

Menurut Pengerusi Kelab, Tan Chin Guan, berkata hasrat persatuan tersebut adalah untuk membangunkan muzik tradisional Cina dan juga untuk menggalakkan instrumen tradisional Cina kepada orang ramai terutama pelajar USM.

COFEC DSC2472

Guan berkata, pada awal penubuhannya, kelab ini hanya dianggotai oleh beberapa orang pelajar senior yang begitu komited dan cintakan musik tradisonal Cina dan kini telah menajdi keluarga besar dengan keahlian seramai 40 orang pelajar daripada pelbagai kursus dan Pusat Pengajian yang berbeza.

“Saya bangga dengan pencapaian kami pada hari ini kerana tanpa kesungguhan dan kerja keras yang diberikan oleh semua ahli, pasti konsert ini tidak akan berjaya dilaksanakan”, katanya.

Sementara itu, Pengarah Projek, Tan Zi Juan pula berkata, muzik merupakan suatu yang melangkaui sempadan bahasa, budaya dan bangsa.

COFEC DSC2496

“Ia adalah suatu yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata, ia merupakan suatu seni, sesuatu yang merendah diri”, jelasnya.

“Muzik okestra Cina ini melambangkan budaya asli masyarakat Cina dan ia juga merupakan komponen penting dalam kepelbagaian budaya di Malaysia’, katanya lagi.

Sebanyak 12 lagu tradisional dan moden dimainkan dalam konsert orkestra Cina yang terdiri daripada 75 mahasiswa gabungan Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan disamping diiringi nyanyian oleh pelajar tahun tiga, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Vivian Lim.

COFEC DSC2509

Turut membuat persembahan dan memukau hampir 500 pengunjung dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat pada malam itu adalah kumpulan Adikarma, Kampus Kejuruteraan.

Konsert yang sama telah dianjurkan pada tahu lalu dengan kerjasama Sekretariat Orkestra Cina (SOC), Kampus Induk di sini dengan penglibatan peserta yang lebih ramai iaitu kira-kira 220 pelajar dari kedua-dua kampus.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Muhammad Sarif Mhd. Rapiai