Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM ANJUR KHATAN PERDANA

Khatan DSC 0185

NIBONG TEBAL, 1 Disember 2016 - Seramai 37 orang kanak-kanak menyertai program khatan perdana anjuran Jawatankuasa Maalhijrah dan Maulidur Rasul, Peringkat Kampus Kejuruteraan,  Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Menurut Pengerusi Program, Mohd Fazly Yusof, mereka yang berusia dari tujuh hingga 12 tahun merupakan anak-anak kakitangan USM dan masyarakat sekitar.

Khatan DSC 0200

"Program ini diharap dapat mengeratkan hubungan antara staf dengan masyarakat serta dalam kalangan anak-anak yang menyertai program ini", katanya.

Sebelum program khatan bermula, kanak-kanak dimandikan dengan air semburan menggunakan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Cawangan Nibong Tebal.

Khatan DSC 0273

Mohd Fazly yang juga Penolong Setiausaha, Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK) berkata, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada pegawai-pegawai perubatan Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan, Pusat Sejahtera USM, Hospital Seberang Jaya dan Hospital Taiping.

"Kita akan jadikan program ini sebagai acara tahunan dengan sasaran bilangan penyertaan yang lebih ramai", jelasnya.

Program yang julung kali diadakan ini dapat meringankan beban ibu bapa bagi melaksanakan tuntutan berkhatan.

Khatan DSC 0142

Ibubapa dan warga kampus yang hadir turut disajikan dengan jamuan kenduri akikah sebelum menyaksikan pelbagai gelagat peserta yang pasti menjadi kenangan kepada mereka.

Seramai lebih 25 orang sukarelawan dari My Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan dan pekerja kontrak pembersihan membantu menjayakan program.

Turut hadir Pengarah Pusat Islam, USM, Profesor Madya Dr. Sofri Yahya, Pengarah, Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC), Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria, Timbalan Pengarah, Pusat Islam, USM, Ustaz Mohd Yusof Abd. Rahim dan Pakar Bedah, Hospital Seberang Jaya, Dr. Imran Khalid.

Teks: Mohd Kamil Ashar