Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PPK AEROANGKASA TERIMA LAWATAN KOLABERASI SMK DATO PERDANA

 DSC6010

NIBONG TEBAL, 1 Mac 2017 – Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Aeroangkasa hari ini menerima kunjungan kolaborasi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana (SMKDP) Bachok Kelantan.

Lawatan tahunan SMKDP ke universiti-universiti awam seluruh Malaysia ini berlangsung selama tiga hari di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) bermula pada 1 Mac hingga 3 Mac 2017.

Seramai 38 orang pelajar dari SMK Dato Perdana dan empat orang guru pengiring terlibat dalam sesi lawatan pada tahun ini.

Menurut Penolong Kanan SMK Dato Perdana yang turut bertindak sebagai guru pengiring, Abdullah Zakaria, lawatan ini merupakan medium pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam sebelum mereka menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita mahu menggalakkan pelajar kita dalam merasai suasana sebagai penuntut di Institusi-institusi pengajian tinggi dan seterusnya melatih mereka agar lebih berkeyakinan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena lawatan,” kata Abdullah.

Pemilihan USM pula menurut beliau adalah kerana universiti ini mempunyai kepakaran-kepakaran dalam bidang kejuruteraan yang bertepatan dengan kursus-kursus yang boleh dipilih oleh pelajar-pelajar Aliran Sains yang terlibat.

18 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar PPK Aeroangkasa terlibat dalam program yang merangkumi aktiviti seperti ceramah, lawatan kampus dan perbincangan berkumpulan ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin