Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PBT ANJUR CULTURAL NIGHT KALI KE-6

NIBONG TEBAL, 16 April 2017 – Persatuan Bahasa Tionghua (PBT) Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi berjaya dalam menganjurkan Cultural Night 2017 kali yang yang ke-6.
 
Program tahunan dan bertemakan The Newton’s Law pada tahun ini berjaya menarik minat lebih kurang 1200 orang pengunjung dengan tiga pementasan drama iaitu Little Courage, Friendship dan The Last Wish.
 
Bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar melalui PBT Cultural Night, ianya diharap dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja bertanggungjawab dari segi individual tetapi juga berkeupayaan dalam pemikiran kendiri.
 
Selain daripada itu, penganjuran program seperti ini juga dapat menjadi medium untuk mempromosikan hubungan di antara pelajar ambil memberi peluang untuk mereka mempamerkan bakat-bakat terpendam.
 
PBT Cultural Night mendapat sokongan daripada beberapa universiti awam yang lain seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan turut dihadiri oleh Penasihat Persatuan Bahasa TiongHua USM, Puan Khor Gek Suan.
 
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Sumbangan Persatuan Bahasa TiongHua USM