Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

LAWATAN: SEKOLAH KEBANGSAAN ABDUL MALIK KE USM

 DSC7816

NIBONG TEBAL, 26 April 2017 – Rombongan dari Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SKTAM) dari Kulim Kedah kunjungi Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua hari bermula hari ini.

Kunjungan disambut mesra oleh kakitangan dan pelajar dari dua pusat pengajian yang terlibat iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) serta Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPK AERO).

 DSC7739

 DSC7741

Aktiviti berkumpulan pelajar SKTAM bersama-sama pelajar USM turut dijalankan untuk menerapkan suasana lawatan sambil belajar.

 DSC7764

 DSC7769

Pelajar turut didedahkan dengan persekitaran pusat pengajian melalui sesi lawatan ke makmal-makmal sambil diiringi oleh pegawai yang terlibat.

Selain daripada itu, sesi taklimat ringkas berkenaan pusat pengajian turut disampaikan oleh wakil-wakil dari pusat pengajian kepada 130 orang pelajar serta 17 orang guru pengiring yang menyertai lawatan tersebut.

 DSC7727

Hadir sama ketika lawatan adalah Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni PPKBSM, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha dan Pengetua SKTAM, Puan Ruzaidah Majid.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman