Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

REDAC USM TERIMA KUNJUNGAN DATUK BANDAR MBSA

 DSC7556

NIBONG TEBAL, 22 April 2017 - Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan daripada Datuk Bandar Shah Alam di sini hari ini.
 

 DSC7445

Selain itu, kunjungan yang juga merupakan sesi perkongsian ilmu ini melibatkan wakil-wakil daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terdiri daripada  pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai jabatan berkaitan.
  DSC7595
Menurut Datuk Bandar, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, kunjungan ini adalah susulan daripada kunjungan terdahulu Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria ke MBSA yang hadir untuk menyampaikan taklimat berkenaan ECOSTBio.
 
“Menerusi taklimat yang disampaikan, kita bersetuju untuk melakukan satu kunjungan rasmi ke Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) sambil mensasarkan kepada kepakaran-kepakaran yang telah dipraktikkan.
 
“Perkara ini adalah memandangkan MBSA sedang menuju k arah Low Carbon City 2030, maka tinjauan kepakaran yang ada dalam negara dijangka akan lebih menjimatkan dari pelbagai sudut,” tambah Ahmad. 

Ahmad turut berkongsi akan rancangan MBSA dalam memperkenalkan kaedah-kaedah yang telah dijalankan oleh REDAC kepada pemaju-pemaju perumahan MBSA di masa akan datang.
 DSC7487
Profesor Azazi melalui lawatan ini menzahirkan sokongan beliau akan setiap hala tuju positif seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Bandar.
  DSC7514
“Kita sentiasa mengalu-alukan setiap kerjasama yang berpotensi dalam gunasama kepakaran REDAC dan pihak luar yang pelbagai seperti khidmat nasihat, penyelidikan serta pengajian dalam bidang-bidang yang berkaitan,” kata Azazi.
 
“Saya juga sentiasa ingin menekankan akan keterbukaan REDAC dalam menerima kunjungan daripada agensi-agensi dari dalam dan luar negara memandangkan kita di USM sentiasa ke arah memasyarakatkan universiti,” tambah beliau.
 DSC7541 
Melalui lawatan selama setengah hari ini, delegasi Datuk Bandar turut sama melakukan kunjungan ke beberapa kawasan di dalam Kampus Kejuruteraan USM yang dikawal selia REDAC yang bertujuan dalam memberi pendedahan terperinci akan perkara-perkara yang telah dikongsikan.
 
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman