Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

SIHAT SAMBIL BERAMAL DENGAN COLOURFUND RUN 2017

CFR 1

NIBONG TEBAL, 22 April 2017 - Program larian amal ColourFund Run diadakan buat kali kedua di sini berjaya dalam memberi peluang kepada peserta yang terlibat untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat sambil beramal.

Penganjuran kali ini adalah lanjutan daripada kejayaan program yang sama oleh persatuan Civil Engineering Society (CIVES) Universiti Sains Malaysia (USM) pada sidang terdahulu.

Disempurnakan oleh Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, Pengarah Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia, ColourFund Run 2017 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan USM.
CFR 3 
Dengan objektif untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai kehidupan golongan yang kurang bernasib baik, program ini turut memberi peluang kepada masyarakat luar dan pelajar kampus beramah mesra sambil mengeratkan hubungan bersama.

CFR 6

Sokongan yang baik turut sama diberikan daripada sekolah-sekolah serta komuniti sekitar berdekatan yang menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 434 orang.
 
Sejumlah RM1400 berjaya dikumpul melalui program yang mendapat kerjasama daripada Sekreteriat Keselamatan Jalan Raya yang berpusat di Kampus Induk USM ini dan disalurkan kepada Pusat Jagaan Permata Kasih.
CFR 5 
Malah, program ini juga berjaya menyatukan masyarakat yang berbilang kaum dan umur hasil daripada usaha ahli pelaksana program yang telah mempromosikan program melalui media sosial serta pengedaran poster.
CFR 2 
Selain daripada larian yang disertai oleh Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus kejuruteraan, Encik Samsuri Musa, turut hadir ketika sesi penyerahan hadiah adalah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Taksiah A. Majid, Pegawai Kebudayaan Kanan, Unit Kebudayaan Dan Kesukarelawan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus kejuruteraan, Encik Mohd Nur Badri Bin Mohd Nazli dan pensyarah - pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam.
 
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Sumbangan sekretariat ColourFund Run 2017