Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KEJOHANAN RAGBI ENG@USM 10`S EDISI KE-13 TAHUN 2017 LABUHKAN TIRAI

DSC 8887

NIBONG TEBAL, 7 Mei 2017 – Kejohanan Ragbi Eng@USM 10’s Edisi ke-13 melabuhkan tirainya pada hari ini di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM).
 
Sejumlah sepuluh pasukan bertanding bagi kategori sekolah manakala 32 penyertaan lagi adalah bagi kategori terbuka pada kejohanan yang berlangsung pada 6 hingga 7 Mei ini.
DSC 9015 
Pengarah kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria melalui ucapan perasmiannya menyatakan sokongan beliau dan mengalu-alukan penganjuran aktiviti yang diadakan secara tahunan ini.
 
“Malah, perancangan saya adalah untuk memastikan pada Kejohanan Ragbi ENG@USM edisi ke-14 tahun 2018 nanti, acara Ragbi Touch Wanita akan pertama kalinya dianjurkan sebagai salah satu kategori yang dipertandingkan,” tambah beliau.
 
Azazi turut meletakkan harapan agar penganjuran kejuaraan seperti ini akan turut disertai oleh pasukan antarabangsa di masa akan datang.
DSC 8918
Selain daripada Unit Sukan dan Rekreasi Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Dan Alumni (BHEPA), penganjuran pertandingan ini turut mendapat kerjasama daripada Kelab Ragbi Phantom dan  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kejuruteraan.
 DSC 9139
Johan bagi kategori sekolah disandang oleh Seratas Angels manakala naib johan jatuh kepada Kolej Vokasional Seberang Perai dengan masing-masing membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan, wang tunai RM700 dan RM500 ringgit, pingat, dan cenderahati sumbangan Redbull.
 DSC 9064
Manakala Panda RC dan Ex-Scorpians RC menyandang Johan dan Naib Johan bagi kategori terbuka dengan hadiah kemenangan masing-masing berupa Piala Pusingan, Piala Iringan,wang tunai RM2000 serta RM1300 ringgit , pingat dan cenderahati sumbangan Redbull.
 
Pemain terbaik dinobatkan kepada Muhammad Nadzrin Mohammad Nasir dan Mohd Akmal Abdul Manaf untuk kategori Sekolah dan Terbuka dengan masing-masing membawa pulang Piala Pemain Terbaik, sebuah telefon pintar dan cenderahati sumbangan Redbull.
 
Turut sama hadir adalah Pengarah Pusat Sukan Dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia, Tuan Haji Muhammad Mohd Hanif, Ketua Unit, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Dan Alumni, Kampus kejuruteran, Encik Samsuri Musa dan Pegawai Keselamatan, Jabatan Keselamatan, Kampus Kejuruteraan, Encik Mohd Isshak Mohd Isa.
 
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman