Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PUPUK MAWADDAH WARAHMAH DALAM RUMAH TANGGA

 

DSC 9259NIBONG TEBAL, 11 Mei 2017 – Pasangan yang telah berumah tangga disaran untuk memupuk hubungan yang ikhlas melalui perhubungan berlandaskan konsep Mawaddah dan Warahmah.

Perkara ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan yang merupakan juara program realiti Imam Muda 2010 ketika menyampaikan ceramah kepada lebih kurang 200 orang kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan di sini hari ini.
DSC 9221 new 
Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria memanjatkan kesyukuran dengan kelancaran program yang bersempena dengan Program Mahrajan Ahlan ya Ramadhan 2.0 di sini hari ini.
 
“Nikmat terbesar hari ini adalah apabila kita merupakan dikalangan mereka yang terpilih untuk berada dalam majlis ilmu yang penuh keberkatan ini.
 
“Malah, ramai di antara saudara-saudara kita di luar sana yang hendak hadir tapi tidak kesampaian oleh kerana ianya telah ditentukan oleh Allah S.W.T,” tambah Azazi di dalam Seminar Pasca Perkahwinan 3.0 ini.
DSC 9275 
Selain daripada itu, Imam Muda Asyraf turut menekankan beberapa pegangan berlandaskan Al-Quran akan hubungan suami isteri dengan menggalakkan setiap pasangan melihat kebaikan dalam diri pasangan masing-masing sentiasa.
 DSC 9302 new
Di majlis yang sama, penceramah jemputan dari Unit Media Baharu, Bahagian Dakwah Jakim, Ustazah Nazirah Abu Bakar turut berkongsi pengetahuan dengan mereka yang hadir dalam ceramah beliau yang bertajuk Menangani Cabaran Pasca Perkahwinan Zaman Media Baharu.
 
“Walaupun telah diperkenalkan sejak tahun 1978 lagi, namun dua tahun kebelakangan ini, media-media baharu menjadi salah satu faktor dalam peningkatan mendadak kes-kes berkaitan dengan masalah di dalam rumah tangga di Malaysia,” kata Nazirah.
 
Di dalam ceramah beliau, Nazirah juga menekankan akan panduan dalam melahirkan keluarga seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T antaranya adalah suami harus menerapkan pendidikan agama kepada anak-anak dan isteri serta perlu mejadi ketua yang mempunyai pegangan agama dalam memimpin keluarga.
 DSC 9292
Turut sama hadir adalah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Professor Dr. Taksiah A.Majid serta Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam dari Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, Ustaz Mohammad Shukri Osman dan Ustaz Mohd Mohsin Sirun.
 
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman