Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PPKM USM TERIMA LOJI BIOJISIM RM1.5 JUTA

DSC 9465

NIBONG TEBAL, 15 Mei 2017 – Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) Universiti Sains Malaysia (USM) menerima Loji Biojisim sumbangan VISDAMAX (M) Sdn Bhd.

DSC 9459

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Binti Ismail yang mewakili USM dalam menerima sumbangan ini menekankan bahawa USM sentiasa menyambut baik usahasama antara Industri dan universiti.

“Penyerahan ini juga diharap dapat menjadi contoh kepada lebih banyak usahasama, jaringan dan kolaborasi yang padu antara kedua-dua pihak.

DSC 9484“Malah, ianya secara terus dapat merealisasikan hasrat dan impian Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Profesor Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin dan kumpulan penyelidikan beliau untuk membekalkan tenaga elektrik secara terus ke pusat-pusat pengajian di Kampus Kejuruteraan,” kata Asmah.

Perkara ini menjadikan USM sebagai universiti pertama dalam Malaysia yang mempunyai peralatan seperti yang sedemikian.

DSC 9448

Dekan Pusat PPKM, Profesor Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin menyatakan melalui ucapan beliau bahawa kerjasama diantara PPKM, VISDAMAX dan sebuah syarikat dari New Zealand telah lama diwujudkan dalam membangunkan loji kuasa biojisim.

“Loji ini kelak mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 200kWh yang terhasil daripada sisa-sisa pepejal serta pertanian dan akan disalurkan ke seluruh Kampus Kejuruteraan USM.
 
“Jam tenaga berjumlah 30,000kWh yang dihasilkan melalui proses ini juga akan dapat membantu USM dari sudut penjimatan perkhidmatan elektrik yang berjumlah RM8000 sebulan,” tambah beliau yang telah berkecimpung di dalam bidang ini selama 25 tahun.

Zainal juga berharap agar loji yang bernilai RM1.5 juta ini kelak akan menjadi pusat kepada kajian, pembelajaran dan latihan industri pelajar daripada institusi-institusi pendidikan yang ada di Malaysia.

DSC 9532

Loji kuasa biojisim menggunakan tiga penggasan yang seterusnya akan menjadi reaktor kepada pembetukan sisa-sisa pepejal yang ada menjadi gas dan mampu menggerakkan enjil Diesel dan Petrol.
DSC 9454 
Penyerahan loji ini turut membawa harapan kepada Pengarah Urusan VISDAMAX O.C Yeoh yang mahu melihat penggunaannya diperluaskan lagi di masa akan datang.

“Dengan sumbangan ini, diharapkan lebih banyak kajian akan dijalankan oleh USM dan seterusnya mencipta lebih banyak peluang kerjasama kelak,” kata beliau.
 
“Kami di VISDAMAX juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada USM dalam penggunaan loji ini yang akan memberi manfaat kepada semua berasaskan kepada pelbagai bentuk penyelidikan yang berasaskan biojisim di negara kita,” tambah Yeoh.DSC 9513

Turut sama hadir adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, Dekan-dekan serta Timbalan-timbalan Dekan pusat pengajian dan Ketua-ketua jabatan Kampus Kejuruteraan USM.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman