Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PMI USM KAMPUS KEJURUTERAAN ANJUR SOLAT HAJAT PERDANA

DSC 9999

NIBONG TEBAL, 23 Mei 2017 – Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan dengan kerjasama Pusat Islam Kampus Kejuruteraan menganjurkan Solat Hajat Perdana di sini hari ini.

Program yang berlangsung selepas solat Maghrib ini turut sama melibatkan Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria selaku penceramah akademik kepada mereka yang hadir.

Melalui ucapannya selepas bacaan Yaasin di majlis yang sama, Pengarah Kampus menyarankan agar mahasiswa islam seharusnya cemerlang dalam menyampaikan ilmu.

“Sama seperti menanam pokok, buahnya haruslah memberi manfaat kepada semua manusia dan juga makhluk Allah di dunia ini,” tambah Azazi di hadapan lebih kurang 50 pelajar yang hadir pada program yang berlangsung sehingga waktu Isyak ini.

Selain daripada Pusat Islam, majlis ini turut mendapat sokongan daripada Society of Electrical and Electronic Engineering USM (SEE), Mineral & Material Engineering Society USM (MIMATES), School of Chemical Engineering Students' Society USM (ChESS), Majlis Perwakilan pelajar USM (MPP), Majlis Penghuni Desasiswa Lembaran USM ( MPDL) dan Mentor Rakan Siswa USM (MRS).

Azazi turut sama menekankan akan konsep bersatu padu sesama pelajar islam di USM dan di Malaysia secara amnya yang menurut beliau semakin terkebelakang pada hari ini terutamanya dari segi pendidikan.

Beliau turut sama memohon agar mereka yang hadir sama-sama bersatu tenaga untuk membangunkan Kampus Kejuruteraan USM.

DSC 0003Majlis turut sama dihadiri oleh Pegawai Pusat Islam Ustaz Shukri Osman, selaku Iman Solat Hajat Perdana dan juga merupakan Penasihat PMI USM Kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman