Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

RAMADHAN DI REDAC BERSAMA PUSAT JAGAAN KASIH ABADI

DSC 0128

NIBONG TEBAL, 8 Jun 2017 - Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan meraikan majlis berbuka puasa sempena Ramadhan 2017 dengan anak-anak yang kurang bernasib baik dari Pusat Jagaan Kasih Abadi (PJKA).

Seramai 30 orang anak-anak berusia 4 hingga 12 tahun diraikan dalam majlis anjuran bersama Kelab Kebajikan Staf REDAC (KKSR) yang dirasmikan oleh Pengarah Kampus yang juga merupakan Pengarah REDAC, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.

DSC 0079

Azazi melalui ucapan beliau mengalu-alukan kedatangan anak-anak yang hadir sambil menyifatkan bahawa rezeki yang diperolehi oleh setiap daripada kita seharusnya dikongsi bersama dengan mereka yang kurang bernasib baik.
 
“Mudah-mudahan juga, keberkatan di bulan Ramadhan ini akan mempermudahkan segala amalan kebaikan dan doa yang dilakukan oleh kita semua untuk diberkati serta diterima oleh Allah SWT,” tambah beliau

PJKA, sebuah pusat jagaan anak yatim yang telah ditubuhkan sejak tahun 2013 serta menekankan kepada pelbagai aktiviti berasaskan akademik, pengajian Al-Quran, kemahiran ICT, kebudayaan dan pengacaraan kepada anak-anak di bawah jagaannya.

DSC 0116

Melalui jemputan yang diperolehi, anak-anak yang terlibat sekurang-kurangnya turut sama diberi kesempatan untuk keluar daripada kehidupan di dalam asrama seharian.
 
Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Penyelia PJKA Puan Nurul Aqilah Alashari yang telah bersama-sama dalam perkembangannya sejak tahun-tahun awal penubuhan pusat jagaan ini lagi.
 
“Peluang seperti ini sekurang-kurangnya dapat menggembirakan anak-anak ini disamping dapat memberi pendedahan kepada mereka akan dunia luar memandangkan kebanyakan masa mereka dihabiskan di dalam asrama masing-masing,” tambah Nurul.

DSC 0112

Pada majlis yang sama, sesi penyerahan hadiah baju dan duit raya sumbangan Aliran Sepakat Sdn Bhd turut disampaikan oleh Pengarah syarikat, Puan Nor Asmah Hashim kepada anak-anak dan kakitangan PJKA.

DSC 0137
DSC 0119

Turut sama hadir adalah Ketua Unit Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, Ustaz Mohammad Shukri Osman, dan Encik Syafiq Bin Shaharuddin, Pengerusi Kelab Kebajikan Staf REDAC.
 
Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman