Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM DAN CELCOM PERTINGKATKAN USAHA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

USM DAN CELCOM PERTINGKATKAN USAHA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN 1

NIBONG TEBAL, 18 Jun 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Berhad (Celcom) berkolaborasi bersama untuk mempertingkatkan usaha pembangunan dalam bidang keusahawanan kepada pelajar USM.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, usaha dan perkembangan bidang keusahawanan ini adalah penting dan wajar diperluaskan selaras dengan tuntutan pasaran hari ini yang lebih mengutamakan kelahiran Job Creators berbanding dengan Job Seekers.

USM DAN CELCOM PERTINGKATKAN USAHA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN 2

“Bagi pihak USM, kami membuka peluang kepada staf Celcom untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu di USM,” kata Asma.

Usaha ini dimeterai melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan Jumaat lalu di Kampus Kejuruteraan USM di sini.

Pada majlis yang sama, Ketua Tanggungjawab Korporat & Perhubungan Kerajaan Celcom, Saiful Bahrin Abd. Ghaffar menyumbangkan zakat berjumlah RM100,000 kepada Tabung Zakat, Yayasan USM untuk diagihkan kepada pelajar asnaf di USM.

USM DAN CELCOM PERTINGKATKAN USAHA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN 3

USM DAN CELCOM PERTINGKATKAN USAHA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN 4

USM DAN CELCOM PERTINGKATKAN USAHA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN 5

Sumbangan zakat ini kemudiannya diserahkan kepada 10 asnaf di Kampus Kejuruteraan yang berjumlah RM400 setiap seorang sebagai permulaan.

“Untuk para pelajar yang telah menerima zakat pada hari ini, gunalah wang ini untuk pengajian anda serta menampung keperluan harian di kampus ini nanti. Jadilah pelajar yang sering ingat akan jasa kedua ibu bapa anda dan belajar bersungguh-sungguh,” pesan Naib Canselor.

USM DAN CELCOM PERTINGKATKAN USAHA DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN 6

Hadir sama menandatangani MoU adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein dan Pengurus Pemasaran Wilayah Utara Celcom, Farizad Khan Mohd Ali.

Teks: Nor Rafizah Md Zain/Foto: Mohd Fairus Md Isa