Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TAUTAN KASIH, PROGRAM DEDIKASI ISTIMEWA UNTUK WANITA

HELWA 2

NIBONG TEBAL, 21 Julai 2017 - Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Pusat Islam Kampus Kejuruteraan (HELWA) hari ini sekali lagi menganjurkan Program Tautan Kasih yang didedikasikan secara khas kepada staf wanita Kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam membantu Pusat Islam dalam merancang dan melaksanakan aktiviti dakwah Islamiah dan kebajikan yang relevan terhadap warga kampus, masyarakat Islam serta memberikan kefahaman berhubung nilai-nilai Islam terhadap non-muslim ini.


HELWA 1
Menurut Pengerusinya, Dr. Khairiah Abd. Karim, Tautan Kasih dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak dan bertujuan untuk mendekatkan lagi hubungan diantara sesama kakitangan di kampus.
 
“Saya juga dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan semua pada hari ini.

“Malah, ucapan terima kasih saya ucapkan juga kerana sudi meluangkan masa masing-masing untuk sama-sama hadir dalam memeriahkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersempena dengan Program Tautan Kasih ini,” tambah Dr. Khairiah yang juga merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia ini.

DSCN0648 
Selain daripada beberapa aktiviti yang dijalankan bersama kakitangan wanita yang hadir, diadakan juga jamuan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dengan tajaan makanan daripada enam Pusat-pusat Pengajian.
DSCN0688 DSCN0690

DSCN0693
Seramai lebih kurang 100 orang kakitangan yang terlibat turut bertukar hadiah memandangkan setiap yang hadir digalakkan untuk membawa  cenderahati sebagai sebahagian daripada aktiviti program.

Hadir sama sepanjang program berlangsung adalah Penasihat HELWA, Profesor Dr. Taksiah Binti A. Majid, yang turut menyampaikan tazkirah berkaitan wanita kepada semua yang hadir.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Norafiza Osman