Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PASUKAN BERBASIKAL USM ULANGI KEJAYAAN, JUARA EMPAT TAHUN BERTURUT

sukum03

TANJUNG MALIM, 6 Ogos 2017 – JUARA acara berbasikal Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) 2017, pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) menutup tirai musim ini dengan mengulangi kejayaan selama empat tahun berturut selepas muncul juara keseluruhan pertandingan itu semalam.

Sukum01

Sebanyak 12 Universiti Malaysia telah menghantar pasukan terbaik masing-masing bagi merebut piala yang dipertandingkan dengan penyertaan peserta seramai lebih 150 pelumba.

Acara berbasikal ini menyaksikan USM memperolehi 2 pingat emas melalui acara individu veteran melalui Abdul Halim Che Aat dan pasukan veteran juga melalui Abdul Halim Che Aat, Mohd Kamil Ashar, Zainal Arif Hassan dan Dr. Ing. Muhammad Razi Abdul Rahman.

sukum02

Turut menyumbang pingat perak, Mokhzani Mokhtar bagi kategori VIP dan Mohd Syawal Faizal berjaya mengekalkan pingat pingat gangsa yang diperolehinya pada tahun lalu di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM).

Adat pertandingan ada yang kalah dan menang, USM tidak berjaya mengekalkan kemenangan bagi kategori senior disebabkan masalah teknikal basikal yang dialami salah seorang pelumba pada kilometer ke 10. Namun kekecewaan pasukan senior yang terdiri daripada Mohd Sani Sulaiman, Muhammad Syamim Abdul Razak, Mohd Suharudin Sulong dan Muhammad Azwan Hassan terubat apabila USM masih dinobatkan sebagai Juara keseluruhan bagi tahun ke empat semenjak acara ini dipertandingkan.

sukum05

Jurulatih pasukan berbasikal, Eddie Norshamshidie Abd Rashid berkata, kejayaan pada kali ini membutikan bahawa semangat juang serta komitmen setiap pelumba merupakan kunci utama kejayaan tersebut.

“Saya yakin bahawa dengan semangat dan semangat berkumpulan yang sangat baik ini mampu menjadikan kita pasukan yang lebih baik pada mada hadapan", katanya.

sukum07

Tambahnya, kejayaan ini adalah kejayaan bersama dan beliau sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kampus Kejuruteraan (KKSSK) yang selama ini menjadi tulang belakang dalam perkembangan pasukan berbasikal USM serta rakaman penghargaan kepada penaja iaitu Hydrofit Nutrition, Alira Agrotech, Sports Element Group (SEG), Sunway Cycle Spa, Omiyage dan TRS Bicycle.

sukum11

Turut hadir memberi sokongan semasa perlumbaan dan meraikan kejayaan pada kali ini iaitu Ketua Kontinjen USM, YBhg. Prof. Datuk Dr. Ahmad Zakaria dan Pengarah Pusat Sukan & Rekreasi, Mohd Hanif Mohamad.