Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KONGRES IAHR 2017 BENTANG ISU PENGURUSAN AIR DEMI PEMBANGUNAN LESTARI

DSC 2810

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2017 - Isu pengurusan air untuk pembangunan mampan menjadi titik perbincangan utama dalam Kongres International Association for Hydro-Environment Engineering and Reseach (IAHR 2017), yang dilancarkan secara rasmi pada hari ini.

Kongres yang dihadiri oleh 1,130 peserta dari 60 buah negara ini, dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

DSC 2703

Zahid dalam ucapan pembukaannya berkata, pengurusan air merupakan satu isu yang dinamik dan menjadi asas kepada kesejahteraan manusia memandangkan, air adalah sumber yang terhad dan tidak boleh diganti.

"Oleh itu, perkembangan pengetahuan dan teknologi terkini dalam pengurusan air adalah penting, malah, boleh dinyatakan sebagai perkara yang paling utama dalam persidangan pada kali ini."

"Kajian menunjukkan bahawa pengurusan air secara berhemah adalah prasyarat kearah pembangunan mampan," katanya.

Keynote and techinical meeting

Beliau juga berharap IAHR 2017, yang telah berjaya mengumpulkan 12 penceramah utama dan lebih daripada 300 kertas teknikal, dapat memberikan hasil yang signifikan untuk memperbaiki sistem pengurusan air di Malaysia dan negara-negara lain.

Pengarah REDAC yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Kongres Dunia IAHR ke-37, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria turut melahirkan harapan beliau untuk kelangsungan acara seperti ini di Asia Tenggara, kelak.

“Saya berharap persidangan ini telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi dalam penganjuran persidangan bertaraf dunia dan perkara ini akan lebih banyak membuka peluang kepada Malaysia kelak", kata Nor Azazi.

“Malah, ianya jelas menunjukkan kesediaan semua yang terlibat dalam menggalas seratus peratus komitmen dan saya berharap peluang yang berterusan dapat diberikan kepada kita di Asia Tenggara, khususnya di Malaysia di masa akan datang,” tambah beliau.

Closing

37th IAHR World Congress berjaya menghimpunkan peserta daripada beberapa negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, China, Jepun, India serta mereka dari negara-negara di sekitar Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

IAHR dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia ( NRE), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM), dan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC).

others activity

IAHR berfungsi sebagai medium yang sangat baik dalam mengemaskini dan menyediakan peluang terkini kepada perunding, saintis, penyelidik, NGO, dan sebagainya sebagai tempat untuk mempamerkan kemajuan serta teknologi terkini yang berkaitan dengan amalan pengurusan air.

opening

Turut sama hadir adalah Menteri Sumber dan Alam Sekitar, Dato' Sri Dr. Hj. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Teks: Marziana Mohamed Alias