Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PENGARAH KAMPUS TERIMA ANUGERAH KOPERATOR CEMERLANG

21105499 1984068075163257 3145234692077359001 nPengerusi Koperasi Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kampus Kejuruteraan (KKSSK) Pulau Pinang Sdn Bhd, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria telah terpilih untuk menerima Anugerah Koperator Cemerlang sempena Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017.

Beliau menerima sijil dan wang tunai RM5,000.00 yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Abbas di dalam majlis yang berlangsung di Midtown PERDA Kubang Menerong, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Azazi menerima anugerah ini atas usaha dan kegigihan beliau dalam membangunkan koperasi KKSSK dan pada masa yang sama, beliau turut membantu kepada penubuhan koperasi-koperasi baharu di Pulau Pinang.

Setiausaha Koperasi KKSSK, Encik Mohd Fazly Yusof menerima anugerah tersebut bagi pihak Azazi yang juga merupakan Pengarah Kampus Kejuruteraan USM yang kini sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Henry Sum Agong.