Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PELAJAR BAHARU KAMPUS KEJURUTERAAN DISARAN HARGAI PELUANG

WhatsApp Image 2017 09 06 at 8.35.52 AM

NIBONG TEBAL, 3 September 2017 – Para pelajar baharu yang mendaftar di Kampus Kejuruteraan disaran untuk sentiasa menghargai peluang yang bakal diperolehi sepanjang bergelar pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kelak.

DSC 4985

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Pemangku Pengarah Kampus, Profesor Dr. Azlina Harun @Kamaruddin dalam ucapannya kepada 604 pelajar baharu Kampus Kejuruteraan dalam Sesi Bersama Pengarah Kampus di sini hari ini.

WhatsApp Image 2017 09 06 at 8.35.56 AM

Azlina turut menggalakkan pelajar untuk sentiasa berfikir di luar kotak dalam menghadapi cabaran sebagai pelajar kejuruteraan yang disifatkan sebagai salah satu kursus yang mencabar dalam dunia pengajian tinggi.

“Pelajar kejuruteraan seharusnya sentiasa berada di luar zon selesa masing-masing dalam mencabar diri untuk menamatkan pengajian sebagai seorang jurutera yang berkualiti.

“Apatah lagi, kaedah pembelajaran di universiti adalah berbeza berbanding dengan kaedah-kaedah yang digunakan di Matrikulasi, Tingkatan Enam dan juga Diploma sebelum ini,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2017 09 06 at 8.35.53 AM

Di samping itu, melalui program yang berlangsung selama dua jam ini, pelajar turut diberi penerangan ringkas akan maklumat-maklumat yang berkaitan serta Pusat-Pusat Pengajian yang terdapat di Kampus Kejuruteraan.

Melalui ucapan beliau juga, Azlina mahu pelajar menguasai kemahiran berkomunikasi yang baik terutamanya kemahiran berbahasa Inggeris.

“Ini adalah bertepatan dengan dunia pekerjaan pada hari ini yang memerlukan bukan sekadar graduan dengan kelas yang terbaik, malah juga graduan yang mahir dalam berinteraksi dengan semua pihak dari dalam dan luar negara,” kata Azlina yang juga merupakan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia ini.

Di dalam program ini juga, Azlina menegaskan akan kesediaan pihak akademik serta pentadbiran USM untuk terus melakukan yang terbaik dalam membantu para pelajar sepanjang empat tahun tempoh pengajian mereka di kampus ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Bin Abdul Rahman