Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

SISWA BAHARU DIGESA LIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI UNIVERSITI

WhatsApp Image 2017 09 14 at 12.21.47 PM1

NIBONG TEBAL, 8 September 2017 – Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed menggesa siswa baharu Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan Universiti.

“Gunakan peluang dan kemudahan yang ada untuk memahirkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan, keusahawanan, berpersatuan dan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat dan libatsama komuniti.

“Penglibatan dalam semua aktiviti ini akan memberikan manfaat bukan saja pada saudara saudari tetapi juga pada Universiti dan masyarakat setempat,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2017 09 14 at 12.22.05 PM

Perkara itu adalah seperti yang dinyatakan oleh beliau, mewakili Naib Canselor dalam ucapannya di Majlis Makan Malam meraikan dan menyambut kedatangan pelajar-pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2017/2018 di sini hari ini.

WhatsApp Image 2017 09 14 at 12.21.46 PM

Kehadiran Abdul Rahman juga adalah bagi menyempurnakan upacara penutup bagi Program PIMPIN Siswa Lestari (PPSL) yang telah diadakan dari 3 hingga 8 Sepetember 2017.

PPSL adalah sebuah program inisiatif USM yang diwujudkan untuk melatih mahasiswa serta mahasiswi agar lebih berdaya saing, unik, dan berkualiti selaras dengan motto USM ‘Kami Memimpin’.

WhatsApp Image 2017 09 14 at 12.21.45 PM

Pembangunan program ini adalah  selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dan Naib Canselor bagi tujuan pembangunan mahasiswa yang holistik serta mempunyai keupayaan untuk menggerakkan pemindahan ilmu dan agenda Inovasi, Keusahawanan dan Kelestarian USM pada tahap antarabangsa.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Mat Noor Md Zain