Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

SEMINAR MAAL HIJRAH 1439 - HIJRAHKAN KUASA CINTA, CABARAN & PENDEKATAN

 WhatsApp Image 2017 09 21 at 3.02.51 PM

NIBONG TEBAL, 20 September 2017 – Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1439 serta Maulidur Rasul telah menganjurkan sebuah program yang bertajuk Hijrahkan Kuasa Cinta, Cabaran & Pendekatan.

WhatsApp Image 2017 09 21 at 12.54.11 PM

Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Dr. Sofri Yahya dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa program yang dilaksanakan ini adalah berlandaskan kepada usaha Rasulullah s.a.w dalam mengangkat agenda cinta sesama masyarakat kerana Allah s.w.t.

“Dalam peristiwa hijrah, baginda Rasulullah berjaya menyatukan kaum Anshar dan Muhajirin dengan mengangkat cinta Allah mengatasi segala-galanya.

“Malah, dalam melaksanakan agenda transformasi kekuatan ummah, agenda cinta Allah ini akan melahirkan warga USM yang mencintai ukhwah sesama muslim dan juga masyarakat secara amnya,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2017 09 21 at 12.54.09 PM1

Selain daripada itu, Sofri turut menjelaskan akan penganjuran program ini yang bertepatan dengan saranan USM untuk mewujudkan kesejahteraan warganya yang mana nilai dan akar empati sebagai prasyarat kepada kesatuan dan persaudaraan yang diperlukan.

“Malah, aktiviti ini juga jelas akan sasaran program untuk menghijrahkan kuasa cinta kepada Allah demi masa depan anak-anak pada hari ini yang mudah terdedah kepada media-media baharu serta jaringan-jaringan internet tanpa batasan,” kata beliau lagi.

WhatsApp Image 2017 09 21 at 12.54.09 PM

Diadakan dengan kerjasama daripada Pusat Bimbingan Puteri Raudhatus Sakinah (RS), seminar ini turut mengupas dengan lebih lanjut akan hijrah cinta melalui forum yang barisi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal dan Pendakwah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki selaku panel.

Turut sama dijemput adalah Penyelia Agama Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan, Ustaz Roslan Che Ros selaku moderator forum.

WhatsApp Image 2017 09 21 at 12.54.10 PM

Dalam program yang sama, salah seorang daripada panel iaitu Rosmawati Zainal turut sama berkongsi akan pengalaman dan kes-kes yang pernah dikendalikan oleh beliau sepanjang menguruskan RS kepada hadirin yang hadir melalui satu ceramah ringkas yang bertajuk Kuasa Cinta.

Antara program lain yang diadakan bersempena dengan Maalhijrah 1439 ini adalah Program Bacaan doa akhir dan awal tahun Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, Program Malam Ukhwah myPusat Islam bersama Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Program Asyura bersama Komuniti Ampang Jajar dan Pelajar Antarabangsa serta Khatan Perdana Bersama Komuniti USM.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman