Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TERUJA LAWAT USM!

WhatsApp Image 2017 09 29 at 10.03.04 AM

NIBONG TEBAL, 26 September 2017 – Kesempatan melawat Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) memberi seribu satu rasa teruja kepada pelajar-pelajar dari Kolej MARA Kulim, Kedah.

 

Pelajar, Muhammad Danial Hakim Mohd Suhaimi, 18, berkata bahawa peluang yang diberikan kepada beliau dan rakan-rakan berjaya membuka mata mereka akan kepelbagaian kursus yang ditawarkan USM.

“Sebelum ini saya berpendapat bahawa kejuruteraan adalah satu bidang dan matapelajaran yang terhad untuk diteroka.

“Namun, lawatan kali ini memberi definisi baru akan bidang kejuruteraan yang sebenarnya terbahagi kepada pelbagai cabang seperti Kejuruteraan Mekanik, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral serta Kejuruteraan Awam,” tambah Danial.

WhatsApp Image 2017 09 29 at 10.03.01 AM1

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Program Lestari Pelajar Pra-Universiti USM bagi sidang akademik 2017/2018 yang dikelolakan oleh Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar USM.

WhatsApp Image 2017 09 29 at 10.03.01 AM

222 orang pelajar yang terlibat adalah sebahagian daripada peserta program yang diwujudkan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada pelajar cemerlang Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di USM.

WhatsApp Image 2017 09 29 at 10.03.02 AM1

Timbalan Dekan Akademik, Pelajar Dan Alumni dari Pusat Pengajian Sains Fizik, Profesor Dr. Fauziah Sulaiman selaku Penyelaras Program berharap agar kelansungan program ini akan menaikkan lagi ranking serta imej USM dalam bidang-bidang kritikal kelak.

“Perlaksanaan program ini adalah untuk menghasilkan graduan cemerlang di peringkat pra-siswazah yang berkebolehan untuk meneruskan pengajian keperingkat pasca-siswazah ( M.Sc dan Ph.D ) di USM khususnya.

“Semoga dengan terhasilnya graduan-graduan berkualiti USM melalui program ini kelak akan membantu dalam menambahbaik kedudukan USM sebagai sebuah universiti yang diperakui kehebatannya melalui bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan serta perubatan di peringkat global,” tambah beliau.

WhatsApp Image 2017 09 29 at 10.03.02 AM

Selain daripada melawat makmal dan Pusat-pusat Pengajian, para pelajar Pra-Universiti ini juga turut dibawa melawat sekitar Kampus Kejuruteraan USM sebelum bertolak pulang.