Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TEORI BERKEBUN DARI RUMAH DI 'KITCHEN GARDEN'

WhatsApp Image 2017 09 28 at 3.16.23 PM

NIBONG TEBAL, 29 September 2017 – Persatuan Hal Ehwal Wanita Pusat Islam (HELWA) dengan kerjasama Pusat Islam Kampus Kejuruteraan membuka peluang kepada komuniti kampus untuk mempelajari teknik berkebun dari rumah melalui Program Kitchen Garden di sini baru-baru ini.

Melalui program ini, peserta didedahkan dengan cara semaian sayur-sayuran yang betul serta penggunaan baja yang sesuai mengikut jenis-jenis pokok yang ingin ditanam oleh Penolong Pegawai Pertanian daripada Jabatan Pembangunan Kampus, Adha Abdul Ghani.

WhatsApp Image 2017 09 28 at 3.16.22 PM

Selain daripada menggalakkan penanaman sihat dan segar dari rumah, galakan berkebun dari rumah ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkkan perbelanjaan harian isi rumah dan seterusnya dapat membantu dalam melestarikan kehijauan bumi untuk generasi akan datang.

WhatsApp Image 2017 09 28 at 3.16.21 PM

Di akhir program, para peserta turut berpeluang mempelajari secara praktikal akan cara-cara menyemai pokok cili padi sambil didemonstarasikan oleh Penolong Pegawai Pertanian daripada Jabatan Pembangunan Kampus, Muhammad Syamim Abdul Razak.