REDAC DAN UNESCO JAKARTA JAYAKAN BENGKEL SERANTAU

DSC 8172

NIBONG TEBAL, 29 NOVEMBER 2017 - Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC) Universiti Sains Malaysia (USM) dan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) berjaya dalam penganjuran bengkel pendidikan serantau di sini baru-baru ini.

DSC 8701

Menurut Pengarah Biro Sains Serantau Asia dan Asia Pasifik, UNESCO, Shahbaz Khan, bengkel Pathway towards Improved Water Education Curricula Workshop yang diadakan ini adalah bertujuan untuk berkongsi dan membincangkan dengan lebih lanjut akan halatuju Kurikulum Pengurusan Air yang dibangunkan oleh Humid Tropic Centre Kuala Lumpur (HTC-KL).

“Malah, Bengkel ini juga akan menjadi medium untuk kita mengkaji dengan lebih terperinci akan pelan tindakan penyelidikan sains serta pembangunan lestari Sains Semulajadi di bawah kategori II,” kata Shahbaz.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada rencana Projek Upscalling Water Security to Meet Local, Regional, and Global Challenges di bawah selian UNESCO Sains Serantau Asia dan Asia Pasifik dan REDAC USM, Jakarta dengan sokongan daripada Kerajaan Malaysia melalui Malaysia Funds-in-Trust (MFIT).

DSC 8688

Pengarah REDAC, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria berkata, kurikulum yang dibincangkan melalui bengkel pada kali ini menumpukan kepada sistem pengurusan tadahan air terutamanya untuk lembangan sungai.

“Perkara lain termasuklah cadangan-cadangan yang akan diusulkan mengenai teknologi pengurusan air berkualiti dan inovatif, di samping amalan pengurusan serta pilihan dasar untuk menangani kesan negatif perbandaran,” tambah Azazi.

DSC 8548

DSC 8220

Kurikulum yang dibentangkan melalui bengkel ini turut menyediakan latar belakang yang diperlukan untuk memahami ekohidrologi dan Integrated Water Resources Management (IWRM) di Malaysia dalam meningkatkan sistem pengurusan tadahan dari pelbagai sudut melalui proses penyelarasan teknikal, pengurusan dasar, serta integrasi.

Selain daripada Malaysia dan Indonesia, bengkel yang diadakan dari 27 hingga 28 November 2017 turut disertai oleh 35 orang peserta dari seluruh Asia Pasifik serta Afrika.

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI