Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KAMPUS KEJURUTERAAN TEPATI ASPEK PENILAIAN EAC – PENGARAH KAMPUS

DSC 9863 2

NIBONG TEBAL, 7 Disember 2017 – Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Lawatan Majlis Akreditasi Kejuruteraan Lembaga Jurutera Malaysia (Engineering Accreditation Council EAC/BEM) baru-baru ini menunjukkan kesungguhan dalam menepati aspek-aspek yang telah dinilai.

DSC 0246

Berikut adalah yang dinyatakan oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam Mesyuarat Penutup bersama Panel-panel EAC serta Dekan-dekan Pusat Pengajian yang terlibat.

“Semua yang terlibat telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam memastikan lawatan EAC kali ini berjalan lancar dan menepati piawaian yang telah ditetapkan.

eac1

eac2

“Malah, sokongan penuh serta komitmen yang berterusan turut diberikan dalam memastikan bidang kejuruteraan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan mengikut garis panduan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM),” tambah Azazi.

eac3

Lawatan kali ini diadakan untuk menilai permohonan akreditasi baharu daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) untuk tempoh maksimum enam tahun..

eac4

Seramai 22 orang panel telah terlibat dalam lawatan ke empat Pusat Pengajian iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik.