Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

LAWATAN: SEKOLAH RENDAH AGAMA TARBIAH ISLAMIAH KE KAMPUS KEJURUTERAAN

DSC 0842

NIBONG TEBAL, 14 Disember 2017 – Sekolah Rendah Agama Tarbiah Islamiah telah melawat ke Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Menurut Pengetua, Ustaz Mat Nayan Asmawi, kunjungan ini adalah sebahagian daripada aktiviti tahunan sekolah yang mana pelajar yang berminat diberi peluang untuk menyertai lawatan yang akan dijalankan oleh pihak Sekolah.

law1

“Namun, ini adalah kali pertama kita memajukan permohonan lawatan ke sebuah Institut Pengajian Tinggi seperti USM.

“Bagi pihak sekolah, saya sangat berterima kasih dengan sambutan yang diberikan setiap Jabatan dan Pusat Pengajian yang terlibat,” kata Nayan lagi.

law2

Seramai 31 orang pelajar bersama-sama Sembilan orang guru pengiring dibawa melawat ke Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC), Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa (PPK Aero), Perpustakaan dan Pusat Islam.

law3

Di Pusat Islam, pelajar dan guru yang terlibat turut menyertai sesi Inspirasi Bersama Pusat Islam yang dikendalikan oleh Ketua Unit Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan, Ustaz Mohammad Shukri Bin Osman.