Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

LAWATAN: SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN KE KAMPUS KEJURUTERAAN

WhatsApp Image 2017 12 28 at 15.45.45

NIBONG TEBAL, 30 November 2017 – Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang di sini baru-baru ini.

Melalui lawatan ini, seramai 30 orangpelajar diberi peluang untuk melawat Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Perpustakaan Kampus Kejuruteraan.

WhatsApp Image 2017 12 28 at 15.45.41

WhatsApp Image 2017 12 28 at 15.45.461

Kunjungan kali pertama ke USM ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar akan suasana di dalam Institut Pengajian Tinggi dan seterusnya memacu minat mereka untuk belajar dengan cemerlang.

WhatsApp Image 2017 12 28 at 15.45.46

WhatsApp Image 2017 12 28 at 15.46.29

Lawatan selama setengah hari ini turut sama dihadiri oleh empat orang guru pengiring dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.