PENGARAH KAMPUS NAIK RAPID PENANG!

DSC 1595

NIBONG TEBAL, 6 Februari 2018 – Pengarah Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria merakam sejarah apabila beliau bersama-sama sebahagian daripada kakitangan Kampus Kejuruteraan di Bangunan Pentadbiran telah menaiki Bus Rapid Penang secara beramai-ramai di sini hari ini.

Idea untuk menggunakan menaiki Bus Rapid Penang Laluan 804 telah disampaikan sendiri oleh Azazi bagi menyatakan sokongan beliau terhadap pengangkutan awam yang disediakan di dalam Kampus ini.

DSC 1639

DSC 1624

“Saya ingin menggalakkan warga Kampus Kejuruteraan, khususnya pelajar untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan.

“Malah, salah satu daripada tujuan utama kita dalam membuka laluan operasi kepada Rapid Penang di sini adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelajar kita untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain tanpa membebankan mereka dari segi kewangan” tambah Azazi.

DSC 1630

DSC 1631

Oleh itu, Azazi menyatakan harapan agar sokongan yang ditunjukkan oleh beliau selaku Pengarah Kampus ini akan menjadi contoh kepada yang lain untuk menjadikan Bas Rapid Penang Laluan 804 sebagai pilihan pengangkutan dalam aktiviti seharian warga Kampus.

DSC 1643

DSC 1684

DSC 1672

Seramai lebih kurang 40 orang kakitangan serta beberapa orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menaiki Bus Rapid Laluan 804 ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI