Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

REDAC TERIMA KUNJUNGAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

DSC 1799

NIBONG TEBAL, 22 Februari 2018 - Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) Universiti Sains Malaysia (USM) terima kunjungan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (DID) di sini hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah DID untuk Sektor Pakar, Ir. Hj. Abdullah bin Isnin, berkata, kunjungan yang diadakan ini diharapkan dapat mengeratkan lagi serta menambahbaik hubungan kerjasama pintar antara USM melalui REDAC dan DID sejak 1 Oktober 1999.

DSC 1805

DSC 1846

“Malah, kita mengharapkan agar pertemuan ini juga dapat menjadi satu medium perkongsian pendapat berlandaskan kepada ilmu pengetahuan dalam bidang pengairan dan saliran di Malaysia yang berfaedah untuk rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Abdullah turut menjangkakan lebih banyak penyelesaian melalui kepakaran dan idea-idea baharu yang akan terhasil melalui sesi lawatan seperti ini yang boleh dikaji secara bersama di masa akan datang.

Pengarah Kampus yang juga merupakan Pengarah REDAC, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria menyatakan bahawa beliau sangat berbesar hati dalam menerima kunjungan DID ke REDAC dan Kampus Kejuruteraan USM.

DSC 1953

DSC 2015

“DID merupakan salah satu jabatan Malaysia yang telah memainkan peranan penting disebalik penubuhan REDAC sebagai salah satu Pusat Penyelidikan terulung bukan sahaja di dalam Malaysia malah di peringkat global juga.

“Oleh yang demikian, kita sangat mengharapkan agar segala usaha REDAC dalam menangani sebarang isu yang berkaitan akan terus mendapat sokongan padu daripada DID yang seterusnya dapat menjadi pemangkin kepada perubahan kualiti kehidupan di bandar pada masa hadapan,” tambah Azazi lagi.

Selain membincangkan tentang halatuju dan masalah saliran, kunjungan DID ke REDAC kali ini turut membincangkan tentang Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dan Sistem Saliran Bio-Ekologi (BIOECODS).

DSC 1873

Turut sama hadir adalah Dr. Norlida Binti Mohd Dom serta Datin Rohani Ahmad dari Bahagian Humid Tropics Centre Kuala Lumpur (HTC KL) dan Pengarah bahagian Saliran Mesra Alam DID, Zalilah Selamat, dan

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman