Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KUNJUNGAN DAN PERKONGSIAN ILMU KAWAI CORPORATION DI KAMPUS KEJURUTERAAN

DSC 2394

NIBONG TEBAL, 28 Februari 2018 – Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) terima kunjungan daripada Pengerusi Kawai Corporation selama dua hari bermula semalam.

Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria menyatakan bahawa bagi pihak Kampus Kejuruteraan, sebarang idea baharu yang dapat membantu USM ke arah kecemerlangan adalah sentiasa dialu-alukan.

DSC 2369

“Malah, kita sentiasa bersikap terbuka dalam membuka peluang kepada tenaga-tenaga pakar di kampus ini untuk sebarang kolaberasi masa hadapan bersama dengan pihak industri termasuklah dari Kawai Corporation,” kata Azazi melalui perbincangan yang turut disertai oleh Dekan-dekan Pusat Pengajian ini.

Lawatan kali pertama Kawai Corporation ke Kampus Kejuruteraan ini adalah bertujuan untuk melebarkan sayap hubungan dua hala antara USM-Kawai Corporation melalui tenaga pakar dan jurutera-jurutera mahir di kampus ini.
 
Pengerusinya, Shinichi Saku, melahirkan keterujaan dan minat beliau dalam beberapa bidang yang ditawarkan di kampus ini yang menurut beliau adalah seiring dengan kehendak teknologi yang digunapakai di dalam syarikat itu.

DSC 2375

DSC 2414

“Malah, kami yakin dengan kerjasama kepakaran yang akan diwujudkan memandangkan  USM adalah sebuah universiti yang bukan cemerlang sahaja di dalam Malaysia malah di peringkat global juga,” tambah beliau.

Di majlis yang berlainan, turut diadakan adalah Sesi Perkongsian Ilmu antara Kawai Corporation dan pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE).

DSC 2425

DSC 2428

Sesi ini turut melibatkan seorang pelajar tahun akhir Kursus Elektronik PPKEE, Chen Chin Boon, 24, yang dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau dalam menyelesaikan latihan industri di syarikat itu yang beroperasi di Jepun sebelum ini.

Melalui sesi ini, pelajar diberi kesempatan untuk bertanya secara langsung kepada wakil-wakil dari Kawai Corporation akan sebarang permasalahan dengan bidang-bidang yang berkaitan dan mereka turut mendapat peluang untuk menyerahkan resume masing-masing secara langsung kepada wakil yang hadir.

Shinichi dalam mengakhiri perbualan sangat berpuas hati akan komitmen yang ditujukkan oleh pelajar yang hadir di mana menurut beliau memenuhi kriteria yang diperlukan oleh syarikat beliau seperti berpandangan jauh, kreatif dan mahir dalam bidang masing-masing.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman