Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

JADI GRADUAN DENGAN KUALITI KEPIMPINAN – PENGARAH KAMPUS

DSC 5124

NIBONG TEBAL, 20 Mac 2018 – Pengarah Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menggesa para pelajar untuk menamatkan pengajian dengan  cemerlang dan mempunyai kualiti dalam memimpin.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh beliau di hadapan lebih kurang 609 orang pelajar yang hadir dalam Kursus Asas Keusahawanan yang bertajuk Persiapan Untuk Menjadi Usahawan dan Peluang Perniagaan di Sekitar USM.

DSC 5138

DSC 5153

Melalui sesi ini, beliau yang juga merupakan Pengarah Pusat turut berkongsi akan perkara-perkara asas dalam menjadi usahawan yang berjaya dan bagaimana untuk mengenalpasti akan potensi kepada setiap perniagaan yang ingin diceburi oleh mereka yang berminat untuk menjadikan perniagaan sebagai sumber rezeki.

Di dalam perkongsian yang berlangsung selama satu jam ini, Azazi turut menyatakan bahawa setiap orang berpeluang untuk menjadi insan yang cemerlang, namun hanya individu yang mempunyai nilai keusahawanan mampu untuk meletakkan elemen kreatif dan inovatif dalam diri mereka.

Malah, beliau turut menyarankan agar setiap pelajar yang hadir untuk menyahut seruan Naib Canselor USM, Profesor Datuk. Dr. Asmah Ismail yang mahu setiap graduan USM mempunyai ciri-ciri H.E.B.A.T (holistic, entrepreneurial, balance, articulate, thinking) sejak dari tahun satu pengajian lagi.

DSC 5134

DSC 5167

Menurut Azazi lagi, dengan menerapkan ciri-ciri H.E.B.A.T dalam diri akan menjadikan setiap pelajar itu cemerlang sehingga ke alam pekerjaan dan seterusnya melahirkan pendapat akan kualiti positif di kalangan graduan USM.

Selain daripada itu, beliau yang juga Pengerusi Koperasi Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK) ini turut sama berkongsi akan pengalaman beliau dalam memimpin kelab tersebut sehingga menjadi rujukan dalam penubuhan koperasi-koperasi baharu di Pulau Pinang.

DSC 5198

Kursus Asas Keusahawanan adalah kursus wajib universiti berkredit dua unit yang bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada pelajar mengenai bidang keusahawanan dan perniagaan, dengan penekanan pelaksanaan kepada aspek belajar sambil mengalami proses melaksanakan projek perniagaan di dalam kampus.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman