Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PELAN STRATEGIK DAN PELAN TINDAKAN USM 2018-2020 DALAM SESI TOWN HALL DI KEJURUTERAAN

DSCN1319

NIBONG TEBAL, 16 April 2018 – Lonjakan lima (5), Financial Sustainability dan Lonjakan enam (6), Empowerd Governance Pelan Strategik dan Pelan Tindakan USM 2018-2020 menjadi intipati dalam satu sesi Town Hall yang diadakan di Dewan Auditorium, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Dalam mengangkat isu tadbir urus sebagai tunggak utama universiti, Profesor Dr. Azlinda Azman yang juga merupakan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan menggesa agar warga USM sentiasa menyokong universiti.

Setiap Pusat Tanggungjawab yang merangkumi semua aspek seperti Akademik, penyelidikan, Bakat dan Kewangan perlu memainkan peranan masing-masing dalam menuju kejayaan kepada pelaksanaan ini.

Malah, tadbir urus universiti juga diharapkan untuk lebih berdaya tahan serta sentiasa bersedia untuk segala bentuk cabaran sambil menerapkan satu sistem Piawaian Prosedur (SOP) yang jelas untuk setiap tindakan.

Sesi Town Hall yang diadakan ini adalah sejajar dengan hasrat universiti dalam membangunkan yang berfokus kepada Sembilan (9) Lonjakan utama iaitu Holistic, Entrepreneurial and Balanced Graduate, Talent Excellence, Nation of Lifelong Learning, Financial Sustainability, Empowered Governance, Innovation Ecosystem, Global Prominence, Globalised Online Learning dan Transformed higher Education Delivery.

Turut ditekankan melalui sesi ini adalah Dasar S.M.A.R.T iaitu Sustainable, Money, Agile, Resilience dan Transparent yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Perniagaan, Profesor Datuk Dr. Abdul Khalil Bin H.P Shawkataly.

Malah, Abdul Khalil juga menyalurkan maklumat akan perkara-perkara lain dalam menuju kepada perlaksanaan Lonjakan Lima (5) melalui dasar S.M.A.R.T iaitu S.M.A.R.T Green Campus, S.M.A.R.T Green Finance, S.M.A.R.T Delivery, S.M.A.R.T Payment, S.M.A.R.T Business, S.M.A.R.T Planning, S.M.A.R.T services dan S.M.A.R.T Purchasing.

Di akhir sesi, lebih kurang 100 orang peserta yang hadir diberi peluang untuk mengutarakan sebarang bentuk soalan serta cadangan secara langsung kepada ahli panel yang terdiri daripada Bendahari, Dr. Rohayati Mohd Isa, Profesor Datuk Dr. Abdul Khalil H. P. Shawkataly dan Profesor Dr. Azlina Azman.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman